Toyota panggil semula 2,700 unit bZ4X, risiko tayar tercabut!

oleh Mohamad Hanif|
Kurang dua bulan semenjak Toyota melancarkan secara rasmi SUV elektrik bZ4X, namun pengeluar itu sudah pun mula melancarkan kempen panggil semula peringkat global untuk model tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Financial Times, sebanyak 2,700 unit Toyota bZ4X terkesan dengan kempen terbaharu ini, di mana 2,200 unit untuk pasaran Eropah, diikuti pasaran Amerika Utara (280 unit), Jepun (110 unit) dan 60 unit (rantau Asia).

Mujur sebahagian besar SUV elektrik ini masih lagi belum diedarkan kepada pemilik masing-masing.

Menurut Toyota, kesemua SUV elektrik yang dipanggil semula itu berisiko mengalami tayar tercabut disebabkan oleh pemasangan bolt yang tidak ketat.  

Pemilik yang sudah menerima unit masing-masing dinasihatkan untuk tidak memandu SUV tersebut sehinggalah isu tersebut diselesaikan.

Sumber: Financial Times

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…
Berita Domestik
Kempen ini terbuka kepada semua pemegang keahlian BHPetrol eCards dan sah bermula 1 Mac hingga 30…
Berita Global
Menerusi projek ini, AC Schnitzer mahu membuktikan tidak mustahil untuk melakukan modifikasi…