Toyota panggil semula 1 juta kenderaan kerana risiko kebakaran

oleh HEZERI SAMSURI|
Toyota dikatakan akan memanggil semula hampir 1.03 juta unit kenderaan di Jepun, Amerika Utara, Eropah dan kawasan lain kerana masalah dengan sistem pendawaian (wire harness) yang mempunyai risiko mengakibatkan kebakaran.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Panggil semula yang diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan Jepun itu mengatakan sistem pendawaian yang disambung kepada unit tenaga hybrid boleh menyentuh penutup sambungan pendawaian.

Menurut Toyota, jika debu terkumpul di atas pendawaian atau penutup sambungan itu, penebat wayar mungkin akan terhakis akibat gegeran dari kenderaan dan menyebabkan litar pintas dan akhirnya, kebakaran.

Isu ini melibatkan kenderaan yang dihasilkan di Jepun dari Jun 2015 sehingga Mei 2018, termasuk Prius dan C-HR yang dijual di Jepun, Australia, Eropah dan negara-negara lain.

Namun begitu, separuh dari panggil semula itu melibatkan kenderaan yang dijual di Jepun.

Menurut Bloomberg, panggil semula ini dikatakan antara yang terbesar oleh Toyota, tidak termasuk panggil semula Takata atau kes pecutan tidak sengaja tahun 2009.

Pastinya jika ia melibatkan unit-unit di Malaysia, UMW Toyota akan melakukan panggil semula dengan kadar segera. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…