Toyota panggil 15 unit Hilux di Australia - sebab tiada label pematuhan!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Hilux merupakan satu produk trak pikap yang tidak perlu diperkenalkan lagi, reliabel, tahan lasak, dan mampu bertahan dalam apa jua keadaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Oleh sebab itu, jarang sekali kita dengar trak pikap yang lebih mesra digelar Hailak ini terlibat dalam mana-mana kempen panggil semula.

Namun di Australia, trak pikap tersebut nampaknya telah dipanggil dalam satu kempen recall oleh Toyota Australia atas sebab yang.. aneh.

Isunya, ketiadaan label pematuhan yang wajib ada sebagai pengesahan bahawa kenderaan tersebut mematuhi dan menenuhi piawaian Australia.

Menurut Toyota Australia, sebanyak 15 unit Toyota Hilux terlibat dalam kempen terbaharu ini, di mana pelekat tersebut sepatutnya dipasang ketika di pelabuhan.

Untuk memasang pelekat label pematuhan tersebut akan memakan masa selama 30 minit, bergantung kepada jadual kerja pengedar yang terlibat.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
PHSAM menggesa supaya pemilik terlibat untuk menghubungi pusat pusat Audi Centre berhampiran untuk…
Berita Global
Menurut laman web rideapart.com, unit-unit yang mempunyai masalah dengan penyambung (strut) sistem…
Berita Global
Namun begitu, kempen panggil semula tidak dapat dilaksanakan pada waktu ini disebabkan Mercedes…