Toyota, Panasonic mulakan pembangunan bateri prismatik untuk EV

oleh Mohamad Hanif|
Toyota dan Panasonic telah bersetuju untuk membentuk sebuah syarikat gabungan (JV) untuk membangunkan bateri kenderaan elektrik (EV) bermula April ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Syarikat yang digelar sebagai Prime Planet Energy and Solutions itu akan membangunkan bateri EV prismatik - atau bateri berbentuk segi empat - untuk dijual kepada mana-mana pengeluar, menurut Toyota dalam satu kenyataan Isnin lalu.

Toyota memiliki 51 peratus pegangan manakala selebihnya dipegang oleh Panasonic dengan kekuatan tenaga seramai lebih daripada 5,000 orang.

Panasonic sebelum ini telah menjadi pembekal bateri EV berbentuk silinder secara rasmi kepada syarikat Tesla, dan kerjasama yang terbentuk ini bakal memperluaskan lagi produk bateri EV bagi memenuhi keperluan yang semakin bertambah di dalam industri.

Ini bukanlah kali pertama Toyota dan Panasonic bekerjasama, ini kerana kedua-dua syarikat ini telah pun bergabung untuk membangunkan bateri kereta hibrid sejak tahun 1996 lagi, dinamakan sebagai Primearth EV Energy.

 

bateri prismatik vs bateri silinder

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…