Toyota Pakistan bakal import Perodua Bezza!

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah Perodua Bezza dikesan melintasi jalan raya Karachi, Pakistan dengan memakai pelekat samaran dan logo pengeluar yang ditutup dengan sengaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada laman automotif PakWheels.com, pengedar jenama Toyota di sana iaitu Toyota Indus Motors Company telah mengimport sebuah Perodua Bezza sebagai model perintis bagi tujuan penyelidikan dan ujian prestasi di jalan raya tempatan Karachi.


Berdasarkan info yang diberikan berdasarkan nombor pendaftaran, Bezza yang diuji merupakan unit 1.0 liter 1KR-VE yang menghasilkan 67 kuasa kuda dan daya kilas 91 Nm. 

Difahamkan Toyota IMC akan melancarkan model sedan Bezza tersebut dibawah jenama Toyota dalam masa yang terdekat. 

Sekiranya khabar angin membuktikan mereka menghentikan penjualan model sedan Corolla XLi dan GLi, sudah pasti penawaran Bezza merupakan suatu pilihan yang lebih berbaloi kepada pengguna di sana, dibantu dengan resepi kejayaan model Bezza menguasai jalanan di negara asalnya Malaysia.
 


Untuk pengetahuan, Perodua Bezza sudah pun 'merantau' ke beberapa buah negara seperti Singapura, Sri Lanka, Brunei dan kepulauan Mauritius.