Toyota OutRun lebih 3000 penyertaan dan berjaya meraih RM151,000 untuk bantu golong Orang Kurang Upaya

oleh SALINA JALIL|
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan mengadakan pelbagai aktiviti untuk warga Malaysia dalam usaha mereka menyumbang kepada perubahan sosial dan memperbaiki kehidupan masyarakat tempatan .


Syarikat induknya, Toyota Motor Corporation (TMC) sedang giat membangunkan masyarakat yang lebih merangkum dan lestari serta mengubah hala tujunya untuk menjadi sebuah "syarikat mobiliti".


Sempena Olimpik Tokyo 2020, TMC turut memulakan kempen Start Your Impossible, sebuah kempen jangka panjang yang menggalakkan setiap orang untuk melangkaui apa yang dirasakan mustahil dalam diri masing-masing.


MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

cheque

 

Untuk itu, menjadi rakan penganjur kepada acara Olimpik dan Paralimpik 2020 di Jepun nanti adalah contoh kepada komitmen berkenaan.


Sebagai menyokong matlamat TMC, UMWT juga telah mensejajarkan usaha-usaha CSR syarikat pada tahun ini dengan mewujudkan platform Start Your Impossible (SYI) melalui dua elemen:

 

1.  Acara persembahan musik untuk kebajikan, Toyota Classics;

2.  Toyota Outrun yang merupakan sebuah acara larian, juga untuk tujuan kebajikan.

 

 

 

 

"UMW Toyota Motor sangat berbesar hati untuk membantu dan menyokong mereka yang berkelainan upaya tetapi ingin terus terlibat dengan aktiviti sukan.

 

Ini selari dengan sokongan padu Toyota Motor Corporation kepada sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 sebagai rakan mobilitinya yang pertama," ujar Timbalan Pengerusi UMWT, Akio Takeyama.

 

Di bawah usaha Start Your Impossible, UMWT memperkenalkan Dual Heroes Concept yang memberi perhatian kepada atlet tempatan yang menggalas cabaran di dua lapangan — dalam sukan dan juga kehidupan harian.

 

Melalui konsep ini, syarikat telah memilih atlet Paralimpik pertama Malaysia yang diangkat sebagai Atlet Tahunan 2016, Abdul Latif Romly sebagai duta.

 

 

Latif dipilih sebagai duta bagi kempen SYI di atas faktor beliau yang telah mencatatkan pencapaian yang luar biasa ketika Paralimpik Musim Panas 2016. 

 

Dunia menyaksikan beliau memecahkan rekod bagi acara lompat jauh T20 sebanyak tiga kali dalam satu hari. Ini adalah contoh persembahan paling bermakna dalam mengatasi segala kekurangannya untuk terus mempamerkan semangat sukan yang tinggi serta kesungguhan untuk membawa perubahan sosial dalam perjalanan hidupnya.

 

 

Bagi memulakan usaha terbaru ini, UMWT menganjurkan acara sulung Toyota Outrun di Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Selangor untuk mengumpulkan dana bagi disalurkan kepada Majlis Paralimpik Malaysia. Sejumlah RM151,100 berjaya dikutip hasil daripada penyertaan peserta.

 


Lebih daripada 3,000 peserta terlibat di dalam acara larian lapan kilometer di sekitar Bandar Rimbayu itu, termasuk 20 orang daripada mereka adalah dari golongan kelainan upaya. 
 

 

"Kami berterima kasih kepada semua peserta yang menjayakan acara ini, yang turut menyumbang kepada pengumpulan dana berkenaan. Semua dana yang diraih itu sangat berguna kepada Majlis Paralimpik Malaysia untuk aktiviti-aktiviti yang mereka jalankan. Kami juga sentiasa ingin memberi lebih bantuan dan sokongan di masa hadapan," jelas Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

 

flag off

 

Sebagai tanda terima kasih kepada sumbangan dari UMWT, Naib Presiden, Majlis Paralimpik Malaysia, YBhg Dato' Subramaniam Raman berkata, pihaknya akan memanfaatkan dana berkenaan bagi tujuan program "Latihan dan Kecergasan Orang Kelainan Upaya" bertujuan untuk melatih para pelatih agar benar-benar bersedia untuk memimpin orang kelainan upaya yang mempunyai potensi dalam bidang sukan.

 

warm up
 

Pemenang Tempat Pertama
Pemenang Pertama tiba di garisan penamat

 

 

 

 

 

runners

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…