Toyota Motor Eropah kerjasama dengan HRS, ENGIE, isi hidrogen kurang 5 minit!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota hydrogen
Toyota hydrogen
Di antara maklum balas apabila Careta menerbitkan artikel kenderaan hidrogen adalah tentang infrastruktur pengisian.

Diakui, stesen pengisian hidrogen jauh ketinggalan berbanding pusat pengecasan elektrik dan amat jauh daripada stesen bahan api fosil.

Secara tradisinya memang begitu untuk teknologi baharu dan memerlukan masa.

Perkara tersebut disedari pembuat polisi dan pengeluar kenderaan hidrogen seperti Toyota.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025
Toyota hydrogen

 

Tidak duduk diam, Toyota Motor Eropah telah menandatangani perjanjian dengan Hydrogen Refueling Solutions (HRS) dan ENGIE.

Matlamat perjanjian adalah untuk menghasilkan sistem pengisian semula hidrogen generasi baharu yang lebih pantas dan berkesan dari segi kos.

Projek ini di bawah program RHeaDHy yang dibiayai Kesatuan Eropah (EU) dan menumpukan pada mempercepatkan pembangunan infrastruktur.

Cabaran tentang hidrogen bukan sahaja mengenai kekurangan infrastruktur tetapi juga pengisian kenderaan tugas ringan dan berat dengan lebih pantas.

 

Toyota hydrogen

 

Teknologi Twin Mid Flow dapat mengatasinya menggunakan dua muncung dengan aliran lebih tinggi. 

Pengisian semula hidrogen untuk kenderaan tugas berat tidak sampai sepuluh minit dan kurang daripada lima limit untuk kenderaan tugas ringan.

Inovasi ini menyingkirkan keperluan untuk dua jenis alat pengisi yang berbeza di setiap stesen pengisian

Contoh lebih jelas adalah lori 40 tan boleh melakukan pengisian untuk jarak 600 kilometer (km) dalam tempoh lapan minit atau 12 minit bagi pemanduan 900 km.

Kos pemasangan untuk stesen pengisian semula hidrofgen sebegini jauh lebih rendah dan membantu mempercepatkan ketersediaan infrastuktur.

Peraturan Infrastruktur Bahan Api Alternatif Kesatuan Eropah (AFIR) menetapkan sasaran stesen hidrogen pada setiap 200 km di sepanjang rangkaian TEN-T* menjelang 2030.

Melalui perjanjian ini Toyota akan membekalkan meja ujian (test bench) dan lori yang dilengkapi teknologi Twin Mid Flow.

HRS dan ENGIE akan membangunkan stesen pengisian hidrogen generasi baharu yang bersesuaian dengan inovasi ini.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

*Rangkaian Pengangkutan Trans-Eropah (TEN-Trans-European Transport Network).

Berita Berkenaan

Berita Global
70,000 kereta, Corolla dan Yaris     Ini adalah permulaan kepada fasa pertama perancangan Pan…