Toyota Motor Corporation catat perolehan bersih RM 1.1 trilion pada tahun fiskal 2016/2017

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Motor Corporation catat perolehan bersih RM 1.1 trilion pada tahun fiskal 2016/2017
Toyota Motor Corporation catat perolehan bersih RM 1.1 trilion pada tahun fiskal 2016/2017
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pada awal bulan Mei lalu, Toyota Motor Corporation (TMC) telah mengumumkan keputusan kewangan tahun fiskal 2016/2017 yang berakhir pada 31 Mac 2017. Dalam tempoh tersebut, TMC berjaya menjual lebih banyak kenderaan berbanding tahun fiskal sebelumnya.

Peningkatan jualan itu disumbang oleh beberapa pasaran utama dunia seperti Jepun, Eropah dan Asia. Jualan di pasaran lain bagaimanapun menyaksikan penurunan. Walaupun menjual lebih kenderaan, namun pendapatan bersih TMC menurun sebanyak 2.8 peratus.

Toyota Motor Corporation catat perolehan bersih RM 1.1 trilion pada tahun fiskal 2016/2017

 

Berikut ialah angka dan fakta yang dikongsi oleh TMC tentang keputusan kewangan tahun fiskal 2016/2017 (1 April 2016 hingga 31 Mac 2017): 

  • Jualan global ialah sebanyak 8,9760,860 unit kenderaan - Meningkat 289,532 unit berbanding tahun fiskal sebelumnya
  • Peningkatan jualan di Jepun, Eropah dan Asia - Terdapat penurunan di pasaran lain
  • Perolehan bersih ialah 27.5971 trilion yen (RM1.1 trilion) - Turun 2.8 peratus
  • Pendapatan operasi (operating income) pula turun sebanyak 1.9443 trilion yen (RM79.5 bilion) - Susut 30.1 peratus
  • Pendapatan bersih menyusut kepada 1.8311 trilion yen (RM73.0 bilion) - Turun 20.8 peratus
  • Jualan di Amerika Utara menurun sebanyak 1,895 unit kepada 2,837,334 unit kenderaan

Di bawah pula ialah ramalan jualan untuk tahun fiskal 2017/2018 (1 April 2017 hingga 31 Mac 2018): 

  • Jualan kenderaan global sebanyak 8.9 juta unit
  • Perolehan bersih sebanyak 27.5 trilion yen (RM 1.1 trilion)
  • Pendapatan bersih sebanyak 1.5 trilion yen (RM 61.5 bilion)

*Angka dalam RM berdasarkan tukaran semasa - 22 Mei 2017

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…