Toyota Mirai pecah rekod mampu capai 1,003 km setangki hidrogen penuh

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah Toyota Mirai telah berjaya mencatatkan rekod dunia apabila bergerak pada jarak paling jauh untuk setangki hidrogen penuh bagi kategori kenderaan produksi.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Rekod tersebut dicapai oleh sekumpulan anak muda yang diketuai oleh Victrorien Erussard selaku pengasas Energy Observer (rakan Toyota), jurutera Toyota Eropah James Olden, pengurus produk Mirai Maxime le Hir dan pengurus PR Toyota Perancis Marie Gadd.

Baca: Spesifikasi Toyota Mirai 2021

Baca: Toyota Mirai Jepun 2021
 

 


Sedan berkuasa sel bahan api hidgoren itu mampu bergerak sejauh 1,003 km dari stesen pengisian hidrogen Paris commune of Orly merentasi kawasan jalan raya umum di selatan Paris serta melalui kawasan Loit-et-Cher dan Indre-et-Loire.

Menurut kenyataan Toyota, generasi terbaharu Toyota Mirai mampu bergerak sejauh 650 km di bawah keadaan pemanduan yang normal, namun rekod tersebut nampaknya berjaya dipadamkan oleh empat pemandu itu tadi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, keseluruhannya lima stesen isian semula hidrogen akan dibina di Kuching dan usaha…
Berita Domestik
Dengan penyerahan 5 unit kereta tersebut, ia menandakan satu lagi langkah ke arah penyampaian '…
Berita Global
Dua unit kenderaan mesra alam itu akan dinilai dan diuji mengikut standard yang ketat sebelum…