Toyota Mirai, Lexus LS dapat ciri bantuan pemanduan Tahap Dua guna kepintaran buatan 'Advanced Drive'

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Jepun baru-baru ini melancarkan sedan sel bahan api Toyota Mirai, serta Lexus LS di mana kedua-dua model ini dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu Tahap Kedua 'Advanced Drive' serba baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Toyota, sistem Advanced Drive ini mampu menawarkan sokongan pemanduan di bawah pemantauan pemandu seperti mengekalkan kenderaan di dalam laluan sebenar, mengekalkan jarak antara kenderaan lain, membuat pertukaran laluan, serta memotong kenderaan lain.

Sistem ini mengeksploitasikan teknologi kepintaran buatan (AI) yang memfokuskan kepada pembelajaran mendalam, serta menyokong kemaskini over-the-air untuk menambah fungsi-fungsi lain pada masa akan datang sekaligus meningkatkan tahap keselamatan.

 


Data-data pemanduan termasuklah gambar persekitaran dan prestasi pemanduan akan dikumpul menerusi pelayan yang selamat, di mana ia akan digunakan sebagai panduan untuk pembangunan teknologi masa hadapan.

Selain daripada itu, sistem ini turut menggunakan kamera pemantauan pemandu bagi memeriksa tahap tumpuan pemandu, garisan penglihatan serta postur pemanduan.

Sekiranya sistem mendapati pemandu tidak memberikan tumpuan yang sewajarnya, ia akan memberikan amaran berbentuk bunyi, getaran pada tali pinggang keledar dan memaparkan mesej menerusi paparan head-up.

 


Jika tiada sebarang respon, sistem akan secara berperingkat mengurangkan kelajuan kenderaan, dan dalam masa yang sama memberikan amaran kepada pengguna jalan raya yang lain dengan isyarat lampu kecemasan sebelum menghentikan kenderaan di bahu jalan.

Apabila kenderaan sudah berhenti sepenuhnya, sistem akan menyahkunci kesemua pintu dan membuat panggilan HELPNET secara automatik.

Harga jualan untuk sebuah Lexus LS500h yang dilengkapi sistem Advanced Drive ini bermula dari 17,940,000 yen (RM676,726) sementara Toyota Mirai pula bermula dari 8,600,000 yen (RM324,406).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Mirai generasi kedua pula mengambil giliran pada Disember 2020. Mirai sebenarnya sudah ada di…
Berita Global
Berbanding sedan Mirai standard, Mirai Sports Concept itu telah direndahkan sebanyak 40 mm, diikuti…
Berita Domestik
  Menurutnya, keseluruhannya lima stesen isian semula hidrogen akan dibina di Kuching dan usaha…