Toyota Mirai 2021 dilancarkan di Jepun - bermula dari RM276k

oleh Mohamad Hanif|
Generasi kedua kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEV) Toyota Mirai akhirnya rasmi dilancarkan di pasaran Jepun baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dibangunkan atas platform TNGA-L, sedan pacuan roda belakang ini memiliki dimensi yang lebih panjang, lebih lebar dan lebih rendah berbanding generasi terdahulu (4,975 mm x 1,885 mm x 1,470 mm) dengan jarak antara roda juga lebih panjang, berukuran 2,920 m.

 

 


Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Toyota Mirai didatangkan dengan susunan tangki bahan api berbentuk T, di mana konfigurasi tiga tangki ini mampu memuatkan lebih banyak kapasiti bahan api (5.6 kg) dan membenarkan jarak operasi sejauh 850 km!

Dengan perubahan posisi bateri bervoltan tinggi dan motor elektrik yang diletakkan di bahagian atas gandar belakang, ia membolehkan Mirai mencapai nisbah pembahagian berat badan yang ideal 50:50.

 

 


Selain daripada ciri keselamatan aktif Toyota Safety Sense, Toyota Mirai juga kini didatangkan dengan konsep pemanduan autonomi yang digelar sebagai Toyota Teammate Advanced Driving Assist Function.

Dengan menggunakan teknologi kepintaran buatan, ia akan 'mempelajari' segala tingkah laku pemandu, meramalkan pelbagai jenis situasi yang mungkin dihadapi sekaligus memberikan sokongan yang mementingkan tahap keselamatan seperti pengekalan laluan, pengekalan jarak daripada kenderaan hadapan, penukaran laluan, memotong kenderaan dan
banyak lagi di bawah pengawasan pemandu.

 


Ini membolehkan pemandu menumpukan perhatian yang lebih baik terhadap keadaan sekeliling, dan mengurangkan tekanan terutama ketika membuat perjalanan jauh.

Toyota Mirai juga didatangkan dengan Toyota Teammate Advanced Park Assist yang akan mengawal segenap aspek (stereng, pecutan, brek, dan penukaran gear) untuk memarkir kenderaan dengan selamat, serta memaparkan pandangan mata burung untuk memastikan keadaan sekeliling.

 


Satu ciri menarik yang dilengkapkan pada Toyota Mirai adalah sistem penapisan udara pada tahap PM2.5 yang bukan sahaja menapis udara, akan tetapi boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik, dan melepaskan udara bersih ketika pemanduan.

Selain daripada itu, Toyota Mirai turut dilengkapi dengan fungsi pembekalan tenaga elektrik yang mampu menjana tenaga ketika kecemasan dan bencana alam, dengan dua fungsi iaitu:

  • sistem bekalan elektrik luaran DC 9 kW
  • outlet aksesori AC 100V, 1500 W yang mampu membekalkan tenaga elektrik kepada isi rumah Jepun selama empat hari.

 


Di Jepun, Toyota Mirai ditawarkan dalam dua varian dengan harga bermula dari 7,100,000 yen (RM276,228) untuk varian G, sehingga 8,050,000 yen (RM313,188) untuk varian Z yang dilengkapi Executive Package.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Mirai generasi kedua pula mengambil giliran pada Disember 2020. Mirai sebenarnya sudah ada di…
Berita Global
Berbanding sedan Mirai standard, Mirai Sports Concept itu telah direndahkan sebanyak 40 mm, diikuti…
Berita Domestik
  Menurutnya, keseluruhannya lima stesen isian semula hidrogen akan dibina di Kuching dan usaha…