Toyota, MillerCAT ganding bahu banteras kes kecurian penukar bermangkin

oleh Mohamad Hanif|
Masalah kecurian komponen penukar bermangkin (catalytic converter) masih lagi berterusan menjadi isu besar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini menyebabkan Toyota bekerjasama dengan syarikat MillerCAT untuk menawarkan perisai penukar bermangkin untuk model-model baharu Lexus dan Toyota.

Komponen perisai ini diperbuat daripada bahan aluminium gred 5052 dan keluli tahan karat 304 yang tidak memerlukan sebarang proses penggerudian.

 


Rekaan unik perisai ini turut menampilkan kit skru khas yang mampu menghalang atau melengah-lengahkan usaha pihak yang tidak bertanggungjawab membawa lari penukar bermangkin dari sesetengah kenderaan.

Ia telah pun dilancarkan sebelum ini untuk model Prius tahun 2016-2022, dan kini ia tersedia untuk model Prius generasi baharu.
 

millercat


Kos untuk perisai penukar bermangkin itu hanyalah sekitar $140 (RM619.57), di mana proses pemasangannya akan dikendalikan oleh pengedar sah Toyota dan Lexus di Amerika Syarikat.

Kebelakangan ini, Toyota Prius merupakan antara mangsa kes kecurian penukar bermangkin disebabkan kandungan besi berharga yang lebih banyak berbanding kereta berenjin konvensional biasa.
 

Prius


Selain Prius, Toyota Tundra juga kini menjadi sasaran popular, di mana komponen itu boleh dibawa lari dalam masa yang singkat dengan menggunakan peralatan yang sesuai.

Sumber: Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Global
  Apa lagi yang menyerlah? Badan yang jelas tinggi atau dinaikkan dari permukaan jalan sekitar 25…