Toyota Meraikan Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia Dengan Paparan Sebuah Filem Pendek Serta Tawaran Hebat.

oleh Penyumbang Rencana 2|
Sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah menghasilkan filem pendek yang pasti menyentuh hati untuk ditonton oleh rakyat Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan tajuk ‘Pewaris Harapan Negara’, filem pendek ini memaparkan elemen patriotik yang mencetuskan impak positif dan memperlihatkan UMWT dalam memberikan komitmennya untuk menjamin kebahagiaan kepada untuk semua orang.

Filem tersebut dibarisi oleh anak-anak warga UMWT sendiri sebagai mewakili generasi pada masa hadapan. Penceritaannya turut disertakan dengan nyanyian lagu patriotik ‘Sejahtera Malaysia’ sebagai tanda semangat dan usaha rakyat Malaysia menabur bakti serta kebaikan kepada komuniti. 

Kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K, pembikinan filem ini adalah sebagai tanda penghormatan kami terhadap rakyat dan negara Malaysia yang penuh bersemangat serta positif  dalam membawa negara ke arah yang lebih maju ke hadapan.

“Kami berbangga kerana selama ini kami telah berkembang sejajar dengan pembangunan negara dan berkhidmat kepada rakyat menerusi penawaran produk serta perkhidmatan bagi memastikan pembaharuan dan memacu ke arah menawarkan kemudahan yang terbaik. Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.” tambahnya.

Filem pendek yang berdurasi selama 2 minit 30 saat ini boleh ditonton melalui pautan di bawah: 

 


Bagi meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, nikmati promosi perkhidmatan selepas jualan dari 22 Ogos sehingga 30 September 2022. Pelbagai tawaran menarik disediakan kepada bakal pemilik kenderaan jenama ini mahupun pemilki yang sedia ada. Ini termasuk tawaran istimewa pembelian tayar, diskaun 15 peratus untuk alat ganti terpilih dan e-baucar bernilai RM50 untuk setiap pembelian di Toyota Service Savers.

Dalam masa yang sama, UMW Toyota akan menawarkan penjimatan dan tawaran hebat yang bakal diumumkan di seluruh bilik pameran mereka pada 10 dan 11 September ini.

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Berita Domestik
Setakat November, UMWT telah berjaya mencatatkan jumlah jualan sebanyak 97,705 unit, peningkatan 7.…
Model Terbaharu
Bersempena dengan pelancaran strategi berbilang laluan baru-baru ini, UMWT turut mempamerkan sebuah…