Toyota memasuki pasaran EV di China - guna nama rakan kongsi GAC

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah jenama automotif yang besar di dunia, Toyota seharusnya tidak mempunyai masalah untuk bertapak di negara China.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Walaubagaimanapun, demi memenuhi peraturan yang semakin ketat di sana, Toyota mengambil langkah untuk menggunakan label daripada rakan kongsinya di China, iaitu GAC Motor untuk menyertai arena kenderaan berkuasa elektrik.
 


Kerjasama itu dijangka akan memberikan kedua-dua belah pihak manfaat di mana GAC akan diberikan akses kepada bidang kawalan kualiti dan pemasaran Toyota, manakala Toyota mengambil langkah kerjasama ini sebagai memenuhi peraturan automotif Beijing yang ketat dalam masa yang singkat. 

Dibawah undang-undang terbaharu pasaran China, syarikat pengeluar mestilah menghasilkan sekurang-kurangnya 10% kenderaan elektrik daripada jumlah keseluruhan jualan kenderaan tahunan menjelang tahun 2019.

GAC-Toyota ix4 ini dibangunkan berdasarkan SUV GAC Trumpchi GS4 dan telah menjalani proses pembangunan selama dua tahun sebelum bersedia untuk memasuki fasa produksi. 

Toyota-GAC dijangka akan mula menjual SUV elektrik ini bermula pada penghujung tahun ini. 

Sumber: Autoblog

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Corolla Cross merupakan SUV global yang dikeluarkan sejak 2020 di merata tempat termasuk Bukit…
Berita Global
  Model ini diubah daripada Corolla Hatchback SE dan tampil dengan perkakasan istimewa seperti…
Berita Global
Dalam kenyataan bersama, kedua-dua syarikat menyatakan matlamat mereka adalah untuk menggabungkan…