Toyota mahu lawan penangan Ford Maverick

oleh Mohamad Hanif|
Segmen trak pikap kompak yang diabaikan berdekad yang lalu di Amerika Syarikat kini dimeriahkan dengan kehadiran Hyundai Santa Cruz dan Ford Maverick yang baharu sahaja dilancarkan kira-kira setahun yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kehadiran dua model ini turut mendapat sambutan yang memberangsangkan, di mana Ford sendiri terpaksa menghentikan tempahan bagi model Maverick pada awal tahun lalu disebabkan oleh permintaan yang terlalu tinggi.
 

Maverick


Melihatkan kepada potensi yang ada, ia ternyata menarik minat Toyota untuk menyertai semula segmen trak pikap kompak tersebut.

Toyota sebelum ini menawarkan trak pikap Tacoma generasi pertama yang duduk di dalam segmen kompak, sebelum beralih kepada segmen trak pikap saiz pertengahan pada tahun 2004 menerusi model generasi kedua.

Menurut Naib Presiden Kanan Operasi Automotif Toyota Motor North America, Jack Hollis memberitahu laman Automotive News, masih wujud ruang untuk menawarkan sebuah model kompak di bawah Tacoma.
 

Santa Cruz


"Persoalannya, bagaimana mahu mengisi kekosongan tersebut?"

Sementara itu, Cooper Ericksen selaku naib presiden kumpulan perancangan dan strategi produk Toyota Motor North America berkata, "tidak dapat dinafikan lagi produk (trak pikap kompak) tersebut masih mempunyai tempat di pasaran. Dan berapa besar pula pasaran segmen tersebut bakal peroleh?

"Saya tidak tahu, namun ia sesuatu yang harus kami teliti dan fikirkan sama ada ia berbaloi untuk kami ceburi semula," jelasnya.

Toyota pada ketika ini mempunyai dua model trak pikap untuk pasaran Amerika Syarikat, iaitu Toyota Tacoma (saiz pertengahan) dan Toyota Tundra (trak pikap saiz penuh).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…