Toyota mahu labur $2 billion bangunkan EV di Indonesia

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota Motor Corp merancang untuk melaburkan kira-kira $2 billion untuk membangunkan kereta elektrik di Indonesia bermula empat tahun akan datang. 

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Penyelaras Hal Ehwal Maritim Indonesia sambil memetik kata-kata Akio Toyoda yang menyebut "dari tahun 2019 sehingga 2023, kami akan meningkatkan pelaburan kami kepada 28.3 trillion rupiah ($2 billion). 

Perjanjian tersebut dipersetujui ketika pertemuan di Osaka pada Khamis lalu antara Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim Indonesia, Luhut Pandjaitan dan Akio Toyoda itu sendiri. 

Menurut kenyataan Toyoda, memandangkan kerajaan Indonesia sudah pun mempunyai peta pembangunan kenderaan elektrik, mereka menganggap Indonesia sebagai destinasi pelaburan utama EV. 

Pembangunan kenderaan hibrid akan menjadi fokus utama Toyota dalam mengikuti pelan perangkaan yang dibuat oleh kerajaan Indonesia itu sendiri, sebelum memulakan pembangunan kereta elektrik sepenuhnya. 
 

gambar hiasan. keratan rentas bateri pada Nissan Leaf

Indonesia pada ketika ini memiliki rizab nikel laterit yang cukup besar - bahan yang sangat penting dalam pembuatan bateri lithium-ion. 

Melihatkan kepada perkembangan ini, Indonesia selaku hab produksi kedua terbesar di Asia Tenggara mampu menjadi pemain utama di rantau ini dengan produksi bateri lithium yang mampu memenuhi keperluan yang semakin meningkat. 

Negara jiran itu sebelum ini mengumumkan pada awal 2019 untuk memperkenalkan rebat cukai untuk pengeluar bateri EV dan pengeluar automotif, selain melaksanakan perjanjian tarif dengan negara yang mempunyai permintaan EV yang tinggi. 

Syarikat-syarikat besar dunia juga nampaknya kini menjadikan Indonesia sebagai destinasi seterusnya bagi pelaburan kenderaan elektrik, seperti Hyundai Motors Co dan juga Mitsubishi Motors Corp. 

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…