Toyota mahu kurangkan kemalangan akibat kesilapan operasi pedal pendikit

oleh Mohamad Hanif|
Toyota bakal memperkenalkan sebuah sistem keselamatan baharu yang digelar sebagai Fungsi Penghalang Pecutan (Acceleration Supression Function) pada musim panas ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota membangunkan sistem baharu ini sebagai satu tindak balas terhadap peningkatan kadar kemalangan di kalangan warga tua di Jepun, di mana kebanyakannya berpunca daripada kesilapan operasi pedal. 

Secara asasnya, ia merupakan sebuah fungsi Kawalan Kesilapan Operasi Pedal (Pedal Misapplication Control) di mana sistem komputer akan mengesan kemungkinan berlakunya pelanggaran dalam julat kelajuan 0-30 km/j. 

Fungsi Penghalang Pecutan ini akan menggunakan sistem sedia ada Toyota Safety Sense dengan bantuan perisian terkini bagi mengira kemungkinan berlakunya kesilapan operasi pedal ketika pemanduan berkelajuan rendah. 

Sistem ini akan menggunapakai data yang dikumpul menerusi Data Communication Modules (DCM) yang terpasang pada model terkini Toyota seperti posisi pedal pendikit, pedal brek dan penggunaan tuil isyarat membelok, dan daripada data ini Toyota akan mengira algoritma bagi menghalang pecutan yang tidak diingini. 

 


Ciri Fungsi Penghalang Pecutan ini akan melengkapi sistem Toyota Safety Sense sedia ada seperti ciri brek pra-pelanggaran kecemasan, amaran penukaran laluan, bantuan pengesan laluan, ciri pengecaman papan tanda serta kawalan pelayaran dinamik radar.

Tahun ini juga, Toyota akan melengkapkan kenderaan mereka dengan ciri keselamatan yang selama ini khusus kepada Lexus termasuklah bantuan stereng kecemasan dengan ciri pengesan pejalan kaki, serta ciri pengurangan kelajuan ketika pemandu menggunakan kawalan pelayaran dinamik radar di selekoh. 

Selain daripada itu, sistem bantuan berhenti kecemasan pemandu juga akan turut disertakan di mana kenderaan akan berhenti dengan sendiri apabila sistem mengesan kecemasan yang berlaku kepada pemandu, seperti masalah kesihatan atau tidur mikro. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Toyota Motor North America (TMNA) mengumumkan penamaan pejabat Penyelidikan dan…
Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…