Toyota mahu cabar Subaru, Mitsubishi kembali ke arena sukan rali

oleh Mohamad Hanif|
Suatu ketika dahulu , ketiga-tiga jenama besar (Toyota, Subaru, Mitsubishi) ini pernah bertanding sesama sendiri merebut kejuaraan WRC ketika tahun 1990-an sebelum masing-masing berpecah mengikut haluan sendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketika itu, Toyota mahu memfokuskan usaha di dalam Formula 1 (yang kemudiannya gagal), manakala Mitsubishi menarik diri dari WRC menjelang musim perlumbaan 2006 dan Subaru mengikut jejak langkah yang serupa 2 tahun berikutnya. 

Bermakna, sudah lapan musim perlumbaan WRC sebenarnya kesunyian daripada penyertaan syarikat automotif Jepun sebelum Toyota membuat keputusan untuk menyertai semula pada tahun 2017.

 


Ketika bercakap kepada Motorsport.com, presiden Toyota, Akio Toyoda berharap agar pada musim kejuaraan yang akan datang (Rally Japan), beliau dapat melihat ketiga-tiga jenama tersebut tampil untuk bersaing sekali lagi pada tahun hadapan. 

Menurut beliau, cabaran Toyota menerusi jenama Gazoo Racing adalah untuk menarik kembali minat para penyokong sukan ini yang sebelum ini sudah terbiasa dengan kehadiran Mitsubishi dan Subaru di dalam arena rali. 

"Ramai peminat yang mengingati kehadiran Toyota, Subaru dan Mitsubishi dan saya berharap musim kejuaraan akan datang ini, ia bukan sahaja menampilkan kami (Toyota), bahkan ketiga-tiga jenama sekali!" tambah beliau.

"Gazoo Racing bukan sekadar berkenaan Toyota semata-mata, ia adalah untuk manfaat yang lebih baik di dalam sukan rali," tegas Toyoda. 

 


Sementara itu, Rally Japan dikatakan akan kembali ke dalam daftar masuk kalendar sukan permotoran WRC bermula tahun hadapan dengan tempat yang disasarkan di kepulauan Honshu, dua jam perjalanan dari Tokyo yang merangkumi kombinasi pemanduan berkelajuan tinggi dan fasa teknikal di atas litar asfalt penuh.

Acara Rally Japan itu akan turut diguna pakai bagi mempromosikan Sukan Olimpik 2020 yang akan bertempat di Tokyo dua tahun daripada sekarang. 

Menurut satu sumber, cadangan untuk memasukkan Chile dan Jepun ke dalam kalendar 14 pusingan WRC akan dihantar kepada World Motor Sport Council FIA pada September ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia akan mengembalikan memori ketika pelumba rali Malaysia, Karamjit Singh yang mencipta sejarah…
Sukan Bermotor
Hyundai i20 N Rally1 2022 ini menampilkan trenkuasa hibrid yang terdiri daripada enjin 1.6 liter…
Sukan Bermotor
Kini, jentera yang sama bakal menonjolkan diri semula di dalam World Rallycross Championship 2022…