Toyota mahu 50 % jualannya adalah kereta elektrifikasi - Vios & Avanza kuasa bateri?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Jika diperhatikan arus gelombang teknologi elektrik dan elektrifikasi kenderaan semakin kuat pada tahun lepas dan dijangka akan memuncak dalam masa lima tahun lagi. Ini boleh dilihat melalui pengumuman demi pengumuman syarikat automotif arus perdana yang mahu melancarkan kenderaan jenis tersebut.

Sekarang ini Nissan dilihat lebih ke hadapan berbanding jenama arus perdana lain baik dari Amerika, Eropah dan Asia. Terbaru Toyota Motor Corporation (TMC) telah mengumumkan hasrat mereka bagi menjual lebih dari 50 peratus kenderaan elektrifikasi dari keseluruhan jualan pada penghujung dekad akan datang.

Perancangan TMC termasuk meningkatkan kadar pembangunan dan pelancaran kenderaan elektrifikasi seperti hibrid, model bateri-elektrik dan kenderaan elektrik fuel-cell.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Toyota Prius GRMN

 

Menjelang 2025, setiap model Toyota dan Lexus di seluruh dunia boleh didapati dari jenis janaan elektrik atau pilihan elektrifikasi. Ini bermakna, Vios dan Avanza yang menjadi kegemaran ramai bakal dilengkapi teknologi hijau yang canggih.

Bukan suatu yang pelik pun memandangkan Honda sudah lama memasarkan model arus perdana mereka seperti Jazz dan City dalam pilihan enjin hibrid.

TMC juga memaklumkan mereka tidak akan lagi membangunkan sesebuah model tanpa versi elektrifikasi.

Menjelang tahun 2030, Toyota mensasarkan untuk membuat jualan tahunan sehingga 5.5 juta kenderaan elektrifikasi di mana jumlah tersebut adalah lebih dari separuh jualan global syarikat itu sekarang. Angka tersebut termasuk lebih dari sejuta kenderaan yang menggunakan teknologi bebas emisi.

 

Toyota Prius

 

Dalam masa terdekat ini, Toyota akan menawarkan sepuluh model kenderaan bateri-elektrik pada awal tahun 2020 bermula dari China sebelum memasuki beberapa pasaran lain. Menariknya, pasaran China akan mendahului beberapa negara jangkaan seperti Jepun sendiri, India, Amerika Syarikat dan Eropah.

Selain itu, barisan model kenderaan elektrik fuel-cell akan dikembangkan lagi kepada segmen penumpang dan komersil pada tahun 2020.

Barisan kenderaan hibrid juga akan terus dikembangkan lagi melalui pembangunan Toyota Hybrid System II yang sekarang ini dilengkapi pada model Prius dan beberapa model hibrid lain.

Toyota mensasarkan untuk memperkenalkan versi yang lebih berkuasa dalam beberapa model hibrid akan datang dan juga membangunkan sistem hibrid lebih ringkas untuk model-model terpilih dan juga mengembangkan lagi kenderaan plug-in hybrid bermula tahun 2020.

Suatu yang menarik apabila Toyota sekarang ini sedang mengatasi kekangan teknologi bateri seperti kepadatan tenaga, berat, packaging dan juga kos.

 

Toyota Avanza hibrid selepas ini?
Toyota Avanza hibrid selepas ini?

 

Walaupun Toyota dilihat agak ketinggalan dalam agenda elektrifikasi dan hibrid namun ia tidak pernah lupa tentang teknologi ini. Mungkin tidak segah jumlah barisan kenderaan hibrid Honda atau kenderaan elektrik Nissan LEAF namun Toyota memperkenalkan Prius kepada umum 20 tahun lalu dan juga melancarkan kenderaan fuel cell pertama dunia iaitu Mirai pada tahun 2014.

Nampak senyap dan ketinggalan namun sehingga kini jualan kenderaan elektrikfikasi Toyota di seluruh dunia sudah pun melebihi 11 juta unit!

Pasti menarik bukan jika kita dihidangkan dengan Avanza dan Vios hibrid atau janaan bateri selepas ini. Sementara itu, buat masa sekarang biarlah kita nikmati enjin VVT-i dengan transmisi manual dahulu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…