Toyota, Lexus bakal guna platform pacuan roda belakang, enjin enam silinder Mazda?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Adakah ini bermakna Toyota (dan Lexus) bakal bekerjasama dengan Mazda menghasilkan kereta sports baharu? 

Menurut laporan yang tidak dinyatakan sumber daripada Best Car Web Jepun, terdapat ura-ura yang menyebut Toyota dan jenama mewahnya Lexus akan menggunakan khidmat Mazda bagi pembangunan model seterusnya. 

Lebih tepat lagi, Toyota dikatakan akan menggunakan platform pacuan roda belakang dan enjin enam silinder sebaris dari Mazda untuk pengganti Toyota Mark X. 

Manakala Lexus pula bakal menggunakan platform yang sama untuk memposisikan sebuah model coupe baharu di antara Lexus RC dan Lexus LC. 
 

platform pacuan roda belakang dan enjin enam silinder sebaris dari Mazda


Tambah Best Car lagi, Lexus pada mulanya ingin menggunakan platform Mazda sejak dari awal lagi, namun laporan menyebut generasi baharu Lexus IS dan RC akan kekal dengan platform TNGA dan enjin V6. 

Hanya selepas itu baharulah mereka akan bertukar kepada platform daripada Mazda. 

Sebelum ini kami pernah menyiarkan laporan bahawa Mazda sedang membangunkan enjin Skyactiv baharu dengan konfigurasi enam silinder sebaris dan teknologi Spark Controlled Compression Ignition (SCCI)

Seiring dengan itu, Mazda juga turut merancang untuk memperkenalkan model bertaraf mercu dengan ciri pacuan roda belakang dan semua roda, berkemungkinan besar di ambil daripada konsep Vision Coupe. 
 


Sementara itu, kerjasama antara Toyota dan Mazda bukanlah suatu perkara yang baharu, memandangkan sebelum ini Toyota menggunakan platform segmen B Mazda2 untuk Toyota Yaris pasaran Amerika. 

Selain daripada itu, kedua-dua syarikat ini juga bersepakat untuk membangunkan crossover dengan terbinanya fasiliti di Alabama yang bernilai kira-kira $1.6 billion (RM6.65 billion). 

Sumber: Best Car

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…