Toyota LandCruiser 70 Series akan kembali ke pasaran Jepun - Guna enjin Prado

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah hampir sedekad, Toyota LandCruiser 70 Series dilaporkan bakal kembali semula ke pasaran Jepun pada hujung tahun ini, menggunakan nadi 2.8 liter 4 silinder diesel dari Prado.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan dari media Jepun iaitu Best Car Web, LandCruiser 70 Series akan dijual di pasaran asalnya di Jepun menjelang akhir 2023 selepas tidak ditawarkan selama hampir sedekad.

Ilustrasi dari laman web tersebut turut menunjukkan bahawa model LandCruiser 70 Series untuk pasaran Jepun akan didatangkan dengan reka bentuk lampu bulat.

 

2

 

Apa yang menariknya, untuk pasaran Jepun, LandCruiser 70 Series dikatakan bakal menggunakan nadi 2.8 liter 4 silinder turbo diesel, dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan, sama seperti yang ada pada model Prado.

Selain enjin, LandCruiser 70 Series untuk pasaran Jepun juga bakal berkongsi spesifikasi yang sama dengan pasaran Australia.

 

3

 

Dalam satu berita lain, tempahan bagi LandCruiser 70 Series di pasaran Australia kini dihentikan bagi membolehkan Toyota untuk fokus kepada penghantaran tertangguh.

Untuk pasaran Australia, LandCruiser 70 Series dikuasakan oleh enjin V8 4.5 liter turbo diesel dipadankan dengan transmisi manual 5 kelajuan.