Toyota Land Cruiser kini berkhidmat sebagai trak tentera berperisai 6x6!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun SUV Toyota Land Cruiser sudah pun masuk generasi baharu yang jauh lebih moden, ia tidak pernah menghalang Toyota daripada terus menghasilkan Land Cruiser J70 yang telah wujud sejak tahun 1984.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Malah, tempahan bagi model off-road klasik itu terpaksa dihentikan buat sementara waktu disebabkan oleh permintaan melebihi bekalan sedia ada.

Ia bukan sahaja digunakan sebagai kuda kerja di tapak-tapak pembinaan atau ladang-ladang, Land Cruiser casis 70 Series itu kini diberikan nafas baharu - sebagai sebuah kenderaan tentera berperisai MAX 3 Six-Wheeler.
 

LC


Diperlihatkan di acara Africa Aerospace and Defence Show (AAD2022) di Afrika Selatan, 'trak pikap 6x6' ini dibangunkan oleh pihak SVI Engineering menggunakan casis J79.

Selain daripada mendapat gandar ketiga, bahagian gandar kedua turut diubahsuai tahap kelebarannya bagi menjadikan ia sejajar dengan roda hadapan - satu kekurangan yang wujud pada model J79 sebelum ini.

Untuk memastikan trak berperisai yang sedia berat ini mampu berhenti dengan baik, dua gandar belakang telah dilengkapi dengan sistem brek cakera.
 

LC


Bahagian luar jentera perisai ini tidak langsung menampilkan rupa asal Land Cruiser J79 disebabkan oleh penambahan plet keluli spesifikasi EN1063 BR6 yang mampu bertahan di bawah serangan peluru dan bom tangan.

Untuk menjadikan perlindungan yang lebih menyeluruh, spesifikasi perisai boleh dinaiktaraf kepada BR7 yang mampu bertahan daripada serangan peluru raifal 30.06 AP (armour piercing).

Dengan berat badan sekitar 5,500 kg disebabkan oleh perisai perlindungan dan tambahan gandar ketiga, trak pikap tentera ini didatangkan dengan enjin diesel turbo 4.5 liter bentangan V8, di mana angka output tidak didedahkan.
 

LC


Menariknya, Land Cruiser ini turut dilengkapi dengan ciri pemintas dron yang terdiri daripada radar dan pelancar bom tangan automatik yang mampu memintas mana-mana dron sesat, sebelum ia dikutip oleh anggota yang bertugas dengan menggunakan motosikal off-road yang terdapat pada bahagian belakang trak ini.

Selain daripada versi double cab, SVI Engineering sedang membangunkan trak versi kabin tunggal serta versi SUV yang boleh digunakan untuk mengangkut anggota tentera.

Berita Berkenaan

Berita Global
Orang awam berkumpul di Pantai Mandorah, utara Australia untuk menyaksikan sebuah Toyota…
Berita Global
Menurut naib presiden Jualan dan Pemasaran Toyota Australia, Sean Hanley memberitahu CarSales…
Berita Global
Menurut laporan CarExpert, 8,500 unit EV tersebut terdiri daripada trak pikap Toyota HiLux dan Land…