Toyota Land Cruiser - kenderaan paling lama disimpan pemilik di US

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah syarikat penyelidikan automotif, iSeeCars.com membuat kajian pemilikan kenderaan di Amerika Syarikat dan hasilnya menarik perhatian ramai media-media permotoran di sana.

Menurut syarikat itu, ia menganalisa lebih dari 5 juta kenderaan yang dijual oleh pemilik asal dan cuba mencari kenderaan mana yang paling lama dimiliki oleh pemilik asal.

Purata masa pemilikan kenderaan untuk 10 model teratas adalah dari 9.7 tahun sehingga ke 11.4 tahun, iaitu 35 peratus lebih lama dari purata pemilikan kenderaan di US - 8.4 tahun sebelum kenderaan itu dijual.

Juara carta tersebut, tanpa disangkal, ialah Toyota Land Cruiser.

 

 

Menurut CEO iSeeCars, Phong Ly, Land Cruiser adalah sebuah model yang lasak dan oleh kerana Toyota sendiri tidak memperbaharuinya (generasi sekarang dilancarkan dalam tahun 2008 dan hanya menerima perubahan facelift kecil dalam tahun 2016), pemilik tidak melihat kenapa ia perlu dijual.

Toyota juga menduduki tempat ketujuh, kesembilan dan kesepuluh, bukti bahawa jenama itu sangat lasak.

Phong Ly juga berkata kenderaan genre sports pula memang disimpan lama oleh pemiliknya kerana ia jarang digunakan.

"Oleh itu, ia jarang rosak dan tidak perlu dijual," terangnya.

Di bawah ialah jadual 10 Kenderaan Baharu Yang Disimpan Lama Oleh Pemiliknya.

 

 

iSeeCars juga mengkaji kenderaan-kenderaan popular di US dan selama mana ia dimiliki oleh pemilik pertamanya sebelum ia dijual.

 

 

Untuk informasi dan jadual-jadual lain yang juga menarik, layari laman web iSeeCars pada pautan ini.

https://www.iseecars.com/cars-kept-longest-2019-study

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada zaman permulaan digunakan sebagai kenderaan peronda pasukan Polis Simpanan Nasional Jepun…
Berita Global
Land Cruiser 70 Series merupakan antara siri model yang paling lama diproduksikan atas muka bumi,…
Berita Global
sumber gambar dari kolesa Menurut satu sumber dari majalah automotif Jepun, MacX, terdapat khabar…