Toyota Land Cruiser ini direka khas untuk membawa bekalan vaksin COVID-19

oleh Mohamad Hanif|
Setelah setahun pandemik COVID-19 meragut ribuan nyawa, akhirnya beberapa buah negara termasuk Malaysia kini mula menerima bekalan vaksin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, pengenalan kepada vaksin COVID-19 juga mendatangkan beberapa halangan dan cabaran, seperti contoh storan khas serta sistem pengangkutan yang sesuai dan selamat untuk membawa bekalan tersebut.

Dianggarkan kira-kira 20 peratus daripada vaksin yang disalurkan ke hospital-hospital dan pusat rawatan tidak dapat digunakan akibat penggunaan suhu storan yang tidak sesuai ketika proses penghantaran serta proses penyimpanan.

Untuk mengatasi masalah ini, Toyota menerusi Toyota Tsusho Corporation dan B-Medical System membangunkan sebuah Toyota Land Cruiser yang dilengkapi peti sejuk terbina dengan suhu yang terkawal dikhususkan untuk membawa bekalan vaksin.

 


Menurut Toyota, Land Cruiser 78 ini telah pun mendapat pra-kelayakan PQS (Performance, Quality, and Safety) yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Untuk menyimpan bekalan vaksin, pihak Toyota menggunakan peti sejuk CF850 yang dibekalkan oleh B-Medical System dengan kapasiti storan yang mampu memuatkan sehingga 400 pakej vaksin.

Ia menggunakan sistem bateri bebas yang mampu bertahan selama 16 jam tanpa sebarang bekalan kuasa daripada luar, dan boleh dicas sama ada menggunakan sumber kuasa daripada kenderaan atau bekalan elektrik daripada bangunan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, laman Drive AU melaporkan Toyota telah mendaftarkan tanda dagang "Land Cruiser FJ" di…
Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Ini kerana beliau telah berjaya mengumpul sebanyak 24 buah Land Cruiser hanya dalam tempoh satu…