Toyota Land Cruiser Heritage Edition - untuk pasaran UAE, 20 unit sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada pasaran Afrika, United Arab Emirates juga masih lagi menjual model lama Toyota Land Cruiser 70 Series dan FJ Cruiser di mana pasaran lain telah pun menghentikan penjualan model tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, setiap yang bermula perlu ada pengakhirannya, dan bagi menandakan pengakhiran generasi SUV off-road yang sudah pun beberapa tahun berada di pasaran, Toyota membawakan model edisi terhad Heritage Edition untuk pasaran UAE.

 


Model Land Cruiser Heritage Edition UAE didatangkan dalam dua variasi enjin, iaitu enjin V6 yang digandingkan dengan transmisi manual lima kelajuan serta enjin V8 dengan transmisi automatik enam nisbah kelajuan, dan sistem pacuan semua roda 4x4.

Bagi model V6, Land Cruiser Heritage Edition ini dilengkapi set rim keluli manakala model V8 pula datang dengan rim aloi, masing-masing bersaiz 17 inci.

 


Sementara itu bahagian luaran SUV off-road ini dihiasi dengan decal klasik 1980-an, tayar simpanan yang dipasang di bahagian pintu belakang, dan anda akan dapati terdapat set pemampat udara terbina dalam yang didatangkan secara standard dari kilang pada ruang kargo belakang.

Harga jualan bagi model V6 pula bermula dari AED 169,900 (RM201,204) manakala versi V8 pula lebih mahal, AED 224,900 (RM266,338).

 


Berdasarkan rujukan gambar, Toyota Land Cruiser Heritage Edition ini bakal ditawarkan dalam 20 unit terhad sahaja.

Bermakna, siapa cepat (dan kaya), dia dapat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, laman Drive AU melaporkan Toyota telah mendaftarkan tanda dagang "Land Cruiser FJ" di…
Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Ini kerana beliau telah berjaya mengumpul sebanyak 24 buah Land Cruiser hanya dalam tempoh satu…