Toyota Land Cruiser generasi baharu guna platform TNGA, trenkuasa hibrid

oleh Mohamad Hanif|
Generasi terkini Toyota Land Cruiser (dengan kod J200) sudah pun berusia lebih daripada sedekad berada di pasaran semenjak diperkenalkan pada tahun 2008.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sudah terang lagi bersuluh casis yang digunakan sudah agak berusia dan memerlukan pengganti yang lebih moden. 

Walaupun jualan Land Cruiser masih lagi stabil di beberapa pasaran, Toyota nampaknya sudah pun memulakan perancangan untuk generasi berikutnya. 
 


Berdasarkan laporan daripada laman automotif Jepun BestCarWeb, Toyota bakal mengenepikan trenkuasa V8, sebaliknya bakal mempertaruhkan nadi 3.5 liter bentangan V6 dengan sistem hibrid. 

Enjin hibrid tersebut mampu menjana 295 kuasa kuda dan 356 Nm bagi menggantikan nadi V8 4.6 liter yang menghasilkan 313 kuasa kuda dann 460 Nm. 

Sementara itu, difahamkan casis Land Cruiser ini akan kekal dengan struktur kerangka tangga (ladder-frame), namun bakal mengadaptasi platform TNGA yang bukan sahaja lebih moden, malah lebih ringan sekaligus menyumbang kepada penjimatan bahan api.
 


Sistem transmisi automatik enam kelajuan akan turut dihukum buang daerah bagi memberi laluan kepada transmisi CVT dan pacuan empat roda sepenuh masa. 

Selain daripada itu, generasi baharu Land Cruiser bakal membawakan bahasa rekaan terkini Toyota - termasuklah gril trapezoid yang dibawakan pada model-model baharu Toyota. 

Land Cruiser akan ditawarkan dalam konfigurasi lima sehingga lapan tempat duduk pada satu-satu masa, selain kelengkapan keselamatan yang dipertingkat seperti Toyota Safety Sense. 
 


Laman BestCarWeb turut menyatakan bahawa kelibat model ujian Land Cruiser bakal memunculkan diri tidak lama lagi. 

Sumber: BestCarWeb.jp

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Bersempena dengan pengenalan Land Cruiser Prado 2024, Toyota turut memperlihatkan model Land…
Berita Global
Alternatifnya, para pembeli di pasaran tersebut boleh mendapatkan kembar Land Cruiser generasi…