Menurut laporan Drive AU, model 'baharu' itu dijangka akan menerima nadi baharu berupa enjin diesel 2.8 liter turbo sebagai pelengkap kepada varian bernadikan V8 4.5 liter turbo.
Enjin baharu itu dipinjamkan daripada Toyota Hilux, di mana ia berupaya menjana kuasa setinggi 201 hp dan daya kilas 550 Nm bergantung kepada spesifikasi.
Sebagai perbandingan, Land Cruiser versi V8 pula mempunyai output setinggi 202 hp dan daya kilas 430 Nm yang masuk antara 1,200 rpm dan daya kilas 3,200 rpm.

Selain daripada itu, Toyota Land Cruiser 70 Series yang bakal dilancarkan itu akan ditawarkan dengan transmisi automatik, pertama kali dalam tempoh 30 tahun selepas transmisi automatik empat kelajuan diperkenalkan bermula 1985 hingga 1990.
Antara ciri lain termasuklah sistem infotainmen yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, roda stereng yang dipinjamkan daripada Hilux, serta sedikit perubahan bersifat kosmetik pada bahagian luar.

Menurut laporan Drive lagi, Toyota juga sedang membangunkan enjin diesel turbo 2.8 liter itu dengan bantuan sistem hibrid ringan dan dijangka akan muncul pada model-model seperti Hilux, Prado dan Fortuner.
Sumber: Drive AU