Toyota Land Cruiser 70 bakal terima kemaskini untuk tahun hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun Toyota baru-baru ini telah pun melancarkan generasi terbaharu Land Cruiser 300, masih lagi terdapat sesetengah tempat di dunia yang memerlukan kuda kerja sebenar, iaitu Land Cruiser 70 Series walaupun ia telah pun lama dilancarkan pada tahun 1984.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Menurut laporan daripada Motoring, Toyota Austalia bakal mendatangkan beberapa kemaskini terhadap model klasik Land Cruiser 70 untuk tahun hadapan.

Sepanjang tempoh 37 tahun jangka hayatnya, Land Cruiser 70 Series telah pun beberapa kali mendapat kemaskini spesifikasi, di mana kali terakhir adalah pada tahun lalu di mana model tersebut mendapat kelengkapan merangkumi skrin sentuh bersaiz 6.1 inci, sistem navigasi, sokongan Bluetooth, tempat letak cawan, outlet 12 V serta slot pengecasan USB.

 


Malah beberapa tahun sebelum itu, Toyota membawakan pilihan enjin diesel yang lebih mesra alam disebabkan peraturan emisi yang semakin ketat, serta penawaran sistem keselamatan seperti kawalan cengkaman, beg udara sisi, serta pelbagai jenis bantuan elektronik kepada pemandu.

Di pasaran Australia, Land Cruiser 70 Series ditawarkan dengan enjin diesel turbo V8 4.5 liter yang menghasilkan 202 kuasa kuda dan 430 Nm, dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan dan sistem pacuan empat roda.

 

LC70

 

Menurut laporan Motoring lagi, Land Cruiser 70 Series ini berkemungkinan besar tidak akan dilancarkan dengan enjin yang diperoleh daripada Land Cruiser 300 Series, iaitu enjin diesel V6 yang menghasilkan 305 hp dan 700 Nm itu.

Ini kerana pelaksanaan regulasi emisi Euro6 yang ketat itu tidak akan dikuatkuasakan di Australia sehingga tahun 2027.

 


Secara purata, Toyota berjaya menjual kira-kira 10,000 unit Land Cruiser 70 Series di Australia untuk tempoh setahun, menjadikannya salah satu pasaran terbesar di dunia.

Pasaran Australia merangkumi 20 peratus daripada jumlah jualan global (1.5 juta), di mana kira-kira 300,000 unit Land Cruiser 70 Series telah dijual sejak pengenalannya pada tahun 1985.

 

LC70


Tahun lalu sahaja, Toyota Australia berjaya mencatatkan penjualan 15,000 unit Land Cruiser, manakala untuk tahun ini penjualan Land Cruiser 70 Series merangkumi 19 peratus untuk model LC76 wagon, 12 peratus untuk LC70 ute, dan lima peratus untuk model LC78 Troopie dua pintu.

Sebagai perbandingan, Land Cruiser 200 Series berjaya menguasai 63 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan Land Cruiser untuk tahun ini.

Sumber: Motoring

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, laman Drive AU melaporkan Toyota telah mendaftarkan tanda dagang "Land Cruiser FJ" di…
Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Ini kerana beliau telah berjaya mengumpul sebanyak 24 buah Land Cruiser hanya dalam tempoh satu…