Toyota lancar SUV RAV4 versi TRD Off-Road 2020

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Buat mereka yang tidak mengetahui, SUV kompak daripada Toyota ini pernah hadir dengan versi spesifikasi rally sekitar tahun 2016. 

Jadi, dalam usaha untuk membangunkan RAV4 Off-Road ini, segala input yang diperoleh daripada RAV4 Rally itu digunakan sepenuhnya oleh Toyota Racing Development (TRD). 


Didatangkan dalam lima warna pilihan iaitu Midnight Black, Lunar Rock, Ice Edge, Super White dan Ruby Flare Pearl, RAV4 Off-road ini dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar A/T Falken Wildpeak Trail. 

Bukan calang-calang tayar all-terrain, TRD turut menetapkan benang dan bahan buatan tayar yang sangat spesifik supaya ia mampu beraksi dengan cemerlang tidak kira apa jua bentuk muka bumi yang ditempuh. 
 


Untuk memberikan pengendalian yang lebih meyakinkan ketika mengharungi off-road dan jalan biasa, sistem gantungan telah ditala semula oleh TRD supaya pemandu-pemandu boleh menikmati cabaran sebenar ketika di luar kawasan. 

Bagi memegang pemandu dengan selesa, tempat duduk RAV4 ini didatangkan dengan kemasan SofTex, bahan yang lebih ringan daripada kulit, serta lebih tahan lasak untuk kegunaan off-road sebelum diakhiri dengan jahitan logo TRD. 
 


Tiada sebarang perubahan dilakukan dari segi aspek teknikal, ini bermakna Toyota RAV4 menggunakan enjin 2.0 liter M20A-FKS yang mampu menjana kuasa sekitar 170 bhp dan daya kilas 203 Nm yang masuk penuh pada 4,400 rpm dengan transmisi CVT.

Harga jualan di pasaran Amerika Syarikat akan ditentukan kelak. 

Baca: Toyota RAV4 dilancarkan di Singapura

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan tersebut mendedahkan hampir 25 peratus daripada pembeli baharu mempertimbangkan model…
Berita Global
  RAV4 GR SPORT  RAV4 GR SPORT menggunakan teknologi hibrid Toyota generasi keempat dengan…
Berita Global
Rupa paras Corolla Cross tidaklah seagresif pesaing dalam segmennya, namun bagaimana jika anda…