Toyota lancar Granace di Jepun, 2.8L diesel turbo, 6 kelajuan auto

oleh Muhammad Md Tajudin|
Bermula 16 Disember 2019, Toyota Granace ditawarkan kepada pengguna di Jepun melalui dua varian iaitu Premium tiga baris dan enam tempat duduk dan varian G dengan empat baris dan lapan tempat duduk.

Toyota sebelum ini terlebih dahulu melancarkan Granvia di Australia dan Majesty di Thailand.

Granace bukan sekadar van biasa, ia tampil dengan gayaan mewah seperti kemasan krom, lampu LED, kerusi kapten, balutan kulit dan sebagainya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota Granvia

Saiz Granace pula besar, ukuran panjang ialah 5.3 meter dengan lebar 1.97 meter. Walaupun besar, radius pusingan van ini hanya 5.6 meter sahaja.

Dengan saiz tersebut tidak hairan mengapa Granace boleh memuatkan tiga baris kerusi di belakang. Sebagai perbandingan, Alphard mempunyai ukuran panjang 4.91 meter dengan lebar 1.85 meter.

Di sini jelas bahawa Granace lebih besar dan jawapan kepada pengguna yang mahukan sesuatu lebih besar.

 

Toyota Granvia

 

Bahagian kabin Grance berukuran 3.29 meter panjang dengan lebar 1.73 meter lebar. Varian Premium dengan empat tempat duduk dibelakang mempunyai kelegaan yang sangat luas dan kerusi canggih.

Kerusi jenis eksekutif tersebut menggunakan penyandar dan penyokong kaki (ottoman) elektrik, fungsi pemanasan dan meja yang boleh disimpan.

Varian G dengan empat baris tempat duduk pula dilengkapi kerusi eksekutif pada barisan kedua, kerusi kapten pada barisan ketiga dan kerusi biasa pada barisan keempat.

 

Toyota Granvia

 

Bukaan pintu gelungsur pula sangat luas dengan lebar satu meter yang memudahkan akses keluar dan masuk van ini.

Van yang besar memerlukan enjin berkuasa tinggi. Granace dilengkapi enjin 1GD 2.8 liter turbo diesel dengan padanan transmisi automatik enam kelajuan. Penggunaan minyak ialah 10 km/l berdasarkan kitaran ujian WLTC.

Untuk sistem keselamatan, Granace dilengkapi teknologi Safety Sense terbaru dengan fungsi pengesanan yang ditambah baik dalam mengesan pejalan kaki pada waktu siang dan malam dan juga penunggang basikal pada waktu siang.

 

Toyota Granvia

 

Selain itu Granace turut dilengkapi pelbagai teknologi keselamatan canggih seperti Intelligent Clearance Sonar with Parking Support Brakes (Stationary Objects), Rear Cross Traffic Auto Brake with Parking Support Brakes dan Digital Inner Mirror.

Berkenaan harga pula, Toyota Granace G lapan tempat duduk dijual pada harga JPY6,200,000 (RM237,170) manakala Granace Premium enam tempat duduk berharga JPY6,500,000 (RM248,646).

Toyota mensasarkan untuk menjual 600 unit Granace setahun.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak terhad kepada kereta-kereta moden, KINTO turut mempunyai program khas Vintage Club by KINTO…
Berita Global
Inoue telah dipilih bagi menggantikan peranan yang akan ditinggalkan oleh Soichiro Okudaira berkuat…
Berita Domestik
Selain daripada itu, mereka juga komited terhadap pengurusan yang telus dan penuh bertanggungjawab…