Pakej tersebut telah pun diperkenalkan sebelum ini dengan merangkumi kira-kira lima peratus daripada jumlah keseluruhan jualan Camry, namun angka tersebut meningkat kepada tujuh peratus untuk model tahun 2022.
Untuk model tahun 2023, Toyota telah menambah tiga warna baharu Nightshade, iaitu Reservoir Blue ke atas warna Midnight Black dan White sedia ada.

Versi Nighshade ini membawakan gril depan hitam dengan rekaan mesh yang lebih agresif dipinjamkan daripada model Camry TRD, diikuti dengan spoiler belakang, cermin sisi, serta lencana luaran berwarna hutam.
Kemaskini untuk tahun 2023 telah menambah ciri unit lampu depan dan belakang yang digelapkan.

Selain itu, keempat-empat sudut dipasangkan dengan rim bersaiz 19 inci dengan kemasan matte bronze, dan untuk varian SE didatangkan dengan talaan suspensi yang lebih sporti.
Untuk pasaran US, Toyota Camry boleh didapati dengan pilihan enjin 2.5 liter (203 hp) dan opsyen enjin V6 3.5 liter (310 hp), serta sistem transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.