Toyota lancar 86 GR Sports di Jepun - ciri T-Connect Navigation turut disertakan

oleh Mohamad Hanif|
Musim luruh yang lalu, Toyota Jepun memperkenalkan model kelas pemulaan kereta sport GT86 di bawah siri GR Sports, dan dijual bermula Julai ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Siri kereta sports GR merupakan siri edisi terhad yang disuntik elemen GRMN (Gazoo Racing, tuned by Meister of Nurburgring) dengan pelbagai tawaran barangan aftermarket membolehkan para pemilik mengubahsuai kenderaan mereka. 


86 GR Sports merupakan varian penambahbaikan terhadap sistem suspensi dan pengendalian daripada 86 GR yang telah dilancarkan sebelum ini.

Antara peralatan dan aksesori GR yang ditawarkan termasuklah 

  • spoiler hadapan dan fin fender
  • spoiler belakang
  • butang pandu mula 
  • brek Brembo (4 piston hadapan, 2 piston di belakang)
  • stereng balutan kulit
  • meter cluster 
     


Tidak cukup setakat itu, GR juga turut menawarkan perisian navigasi terhad kepada 200 orang pemilik sahaja iaitu GR T-connect Navigation (¥ 162,000 bersamaan RM5,900++) yang mampu memaparkan pelbagai fungsi kritikal yang diperlukan ketika pemanduan di litar. 
 


Malangnya, sepertimana penawaran varian terbaharu GT86 daripada Toyota sebelum-sebelum ini, tiada pilihan penambahan kuasa ditawarkan untuk versi 86 GR Sports buat masa ini. 

Bermakna enjin asal 2.0 liter boxer daripada Subaru itu masih mengeluarkan jumlah kuasa yang sama iaitu 207 PS dan 212 Nm daya kilas disalurkan ke roda belakang

86 GR Sports didatangkan dengan tiga pilihan warna (Crystal White Pearl, Crystal Black Silica and Pure Red) dengan dua pilihan transmisi iaitu manual enam nisbah kelajuan dijual pada harga ¥ 3,780,000 (RM138k++) manakala versi transmisi automatik pula dijual pada harga ¥ 3,846,960 (RM140k++). 

Menjelang Oktober ini, pihak Toyota akan meluaskan lagi penawaran aksesori prestasi GR yang lain untuk GT86 ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara kebetulan, francais filem aksi terkenal Fast & Furious baru-baru ini turut sama…
Berita Global
Sebagai meraikan kejayaan tersebut, Toyota UK telah menerbitkan sebuah video ringkas yang penuh…
Berita Global
Pengumuman ini turut menandakan pengakhiran produksi buat Toyota GT86 yang dipasang di kilang…