Toyota labur RM1.6 billion dalam pembangunan syarikat kereta terbang

oleh SALINA JALIL|
Toyota Motor Co melabur AS$394 juta (RM1.6 bilion) dalam Joby Aviation, antara syarikat yang membangunkan teksi elektrik udara untuk kegunaan orang ramai di lebuh raya dan jalan bandar.


Toyota menjadi pelabur utama pendanaan Siri C dalam Joby dengan jumlah AS$590 juta (RM2.4 bilion) bersama Baillie Gifford dan Global Oryx, selain Intel Capital, Capricorn Investment Group, JetBlue Technology Ventures, SPARX Group serta unit pelaburan Toyota, Toyota AI Ventures.

 

Perjanjian itu setakat ini menjadikan syarikat yang berpangkalan di Santa Cruz, California sebagai syarikat pemula niaga penerima dana terbaik “eVTOL” dalam kategori paling menyerlah.

 

Namun, syarikat itu perlu mengatasi halangan peraturan dan kebimbangan tentang kepentingan keselamatan penumpang serta bunyi bising, bagi memastikan dana berkenaan meningkat kepada AS$720 juta (RM2.93 bilion).

 

“Pengangkutan udara menjadi matlamat jangka panjang Toyota. Walaupun kami akan meneruskan usaha dalam perniagaan automotif, perjanjian ini menetapkan wawasan kami lebih jauh,” kata Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Toyota, Akio Toyoda.

 

“Dengan kami menyahut cabaran dalam pengangkutan udara bersama Joby iaitu penginovasi dalam ruang eVTOL, kami memanfaatkan potensi untuk merevolusikan pengangkutan dan kehidupan masa depan.”

 

 

toyota

 

Sejak beberapa tahun lalu, pengeluar automotif berusia 82 tahun memiliki minat mendalam dalam pengangkutan berteknologi futuristik.

 

Tahun lalu, syarikat itu menyokong Recogni Inc, penyedia sistem pengangkutan berautonomi; dan May Mobility, pengendali bas henti-henti pemanduan berautonomi berpangkalan di Ann Arbor, Michigan.

 

Pada Pameran Teknologi Konsumer (CES) awal bulan ini, Toyota mengumumkan rancangannya untuk membina komuniti seluas 70.82 hektar atau ‘Woven City’, di kaki Gunung Fuji untuk mempamerkan kereta pemanduan autonomi dan inovasi lain dalam pengangkutan.

 

Joby adalah peserta yang terbabit dalam pasaran teksi udara seperti Airbus SE; Hyundai dan Uber Technologies Inc; Kitty Hawk-Boeing Co; dan Volocopter-Zhejiang Geely Holding Group Co.

 

Selain itu dari pengumuman mengenai dana, Joby turut memperkenalkan imej prototaip pengangkutan udara yang kelihatan seperti dron saiz besar dengan enam kipas dan berkemampuan terbang 241.4 kilometer (km) dalam sekali cas dan kelajuan sehingga 321.8 kilometer sejam.

 

Syarikat berkata, kenderaan udara itu boleh menampung empat penumpang dan pemandu.

 

 

 

Sumber: Berita Harian &  Bloomberg

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Maaf, bukan kereta terbang sebenarnya, akan tetapi Hyundai kini menjalinkan kerjasama dengan Uber…
Berita Global
  Kereta terbang dua kerusi dan tiga roda ini yang diberi nama Pioneer Personal Air Landing…
Informasi
    Pada tahun 1997 komik Rileks telah mengambarkan pada tahun 2020 Malaysia telah dipenuhi…