Toyota labur $3.4 bilion untuk produksi bateri EV di US

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar automotif terbesar dunia, Toyota mengumumkan perancangan pelaburan bernilai $3.4 bilion untuk produksi bateri kenderaan elektrik, serta membina sebuah kilang khusus untuk tujuan itu.

Pelaburan bertempoh 10 tahun itu merupakan sebahagian daripada projek yang telah diumumkan sebelum ini di mana mereka akan melabur 1.5 trilion yen (RM54.65 bilion) terhadap pembangunan dan pembekalan bateri untuk kenderaan elektrik.

Sebahagian daripada jumlah $3.4 bilion yang dilabur di Amerika Syarikat akan digunakan untuk membentuk sebuah syarikat baharu yang akan bertanggungjawab untuk membina fasiliti bateri automotif dengan bantuan daripada Toyota Tsusho.

Sasaran produksi bateri EV dijangka bermula pada tahun 2025 dengan anggaran tenaga pekerja sebanyak 1,750 orang diperlukan.

Nama Toyota menjadi bualan hangat disebabkan syarikat itu lebih memfokuskan kepada membangunkan kenderaan hibrid dan hidrogen, malah industri automotif Jerman menyifatkan Toyota tidak mempunyai langkah elektrifikasi yang agresif berbanding jenama automotif lain.

Namun, Toyota mensasarkan penjualan sebanyak 2 juta unit kenderaan elektrik atau sel bahan api menjelang 2030, serta mempunyai 15 buah model kenderaan elektrik menjelang 2025.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Cadangan itu diketuai oleh bekas ahli lembaga Tesla, Hiromichi Mizuno dengan sokongan daripada…
Informasi
Sebanyak tujuh model kereta akan dikeluarkan dalam tempoh lima tahun. "Pelaburan Hyundai ini akan…
Berita Domestik
"Berkaitan isu mengenai kilang Tesla (di Thailand) yang hangat diperkatakan ketika ini, setakat ini…