Toyota labur $14 bilion bangunkan teknologi bateri EV

oleh Mohamad Hanif|
Toyota dalam satu kenyataan baru-baru ini mengumumkan pelaburan bernilai $14 bilion (RM58.22 bilion) untuk membangunkan teknologi bateri kenderaan elektrik lithium-ion dan juga bateri jenis solid-state.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Dalam satu sidang media yang diadakan secara dalam talian, eksekutif Toyota turut menjangkakan pengurangan kos produksi bateri sebanyak separuh menjelang separuh kedua dekad ini.

Ketua Pegawai Teknologi Toyota, Masahiko Maeda menjelaskan, penggunaan bateri jenis solid-state bukan sahaja digunakan pada kenderaan elektrik, malah akan diperluaskan kepada kenderaan hibrid.

Selain bateri solid-state, Toyota juga merancang untuk mengkomersialkan bateri lithium-ion generasi baharu yang dijangkakan bakal mengurangkan kos selain meningkatkan prestasi kenderaan elektrik menjelang separuh kedua dekad ini.
 

bateri EV


Teknologi bateri nickel-metal hydride sedia ada tidak terus dilupakan, apabila Toyota juga bakal memperkenalkan kemaskini terhadap bateri tersebut pada musim panas ini menerusi model Toyota Aqua/Prius C hibrid.

Difahamkan, Toyota telah membangunkan struktur sel bipolar serba baharu yang membenarkan bateri mempunyai ketumpatan tenaga dua kali ganda berbanding pek bateri yang terdahulu.

Secara keseluruhan, Toyota mensasarkan bekalan bateri sebanyak 200 gigawatt-jam menjelang tahun 2030, peningkatan daripada sasaran awal sebanyak 180 gigawatt-jam, dan diterjemahkan kepada penjualan sebanyak lapan juta kenderaan yang dielektrifikasi termasuk dua juta EV dan kenderaan sel bahan api (FCEV).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Lagi ciri-ciri khas seperti kemasan sisi pintu krom, pemegang pintu belakang dan bingkai…
Berita Global
  Di bahagian dalam, suasana hitam dibangkitkan dengan riasan kuning.  Kerusi sport dibalut …
Berita Global
    Berbanding enjin 2.5 liter hibrid (HEV) di AS, Crown Estate pasaran Jepun mempunyai tambahan…