Pada Mac, media Jepun melaporkan Toyota akan mengurangkan pengeluaran kenderaan bagi pasaran Asia Barat sebanyak 24,000 unit pada April susulan konflik berkenaan.
Pada Mac, pengeluar kenderaan itu turut mengurangkan pengeluaran sebanyak 20,000 unit.
Pada 28 Februari, Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ke atas sasaran di Iran, menyebabkan kerosakan dan korban awam.
Pada 7 April, Washington dan Tehran mengumumkan gencatan senjata selama dua minggu. Rundingan susulan di Islamabad berakhir tanpa keputusan.
Pada 13 April, Tentera Laut AS memulakan sekatan terhadap semua trafik perkapalan yang memasuki dan keluar dari pelabuhan Iran di kedua-dua sisi Selat Hormuz, yang merangkumi kira-kira 20 peratus bekalan minyak dunia, produk petroleum dan gas asli cecair (LNG).
Washington menegaskan kapal bukan Iran bebas melalui Selat Hormuz selagi tidak membayar tol kepada Tehran. Pihak berkuasa Iran tidak mengumumkan pelaksanaan tol, namun telah membincangkan rancangan sedemikian.