Toyota kekal nombor satu jenama automotif yang paling bernilai mendahului Mercedes, BMW

oleh Mohamad Hanif|
Untuk enam tahun berturut-turut, Toyota masih mengekalkan kedudukan teratas selaku jenama yang paling bernilai di dunia menewaskan jenama-jenama barat seperti Mercedes-Benz dan BMW.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Di tempat kedua pula, Mercedes-Benz berjaya memintas BMW buat kali pertama manakala Ford pula berjaya menduduki tangga keempat. 

Peningkatan nilai jenama Toyota sebanyak 5% kepada hampir US$30 billion itu adalah disebabkan terdapat peningkatan permintaan terhadap SUVnya di pasaran Eropah dan US, selain konsisten menawarkan produk yang berkualiti, tahan lasak dan mudah dipercayai. 
 


Mercedes pula mencatatkan penumbuhan positif yang disumbangkan oleh prestasi yang cemerlang di pasaran China, Brazil dan Russia, selain daripada kejayaan yang dikecapi selepas pelancaran model terbaharu E Class mereka. 

Setelah dua tahun menghilang akibat skandal dieselgate yang melanda, Volkswagen akhirnya kembali memasuki carta di tempat ke-10. 

Walaupun skandal yang melanda itu mengakibatkan VW mengalami kerugian yang amat tinggi, tahap kesetiaan pelanggan terhadap jenama tersebut masih kekal dan tidak berubah. 

Berikut merupakan senarai jenama automotif yang paling bernilai di dunia berdasarkan kajian oleh BrandZ Top 100 Most Valuable Global Brands

1. Toyota
2. Mercedes-Benz
3. BMW
4. Ford
5. Honda
6. Nissan
7. Audi
8. Tesla
9. Maruti Suzuki
10. Volkswagen

Sumber: Automotive News