Toyota kedudukan teratas di Malaysia dalam kepuasan pelanggan selepas jualan

oleh SALINA JALIL|
Toyota mendapat kedudukan paling tinggi dalam keseluruhan kepuasan pelanggan dengan 835 mata. Mitsubishi (831) di tempat kedua dan Nissan (810) di tempat ketiga.


Kaji selidik ini meneliti enam faktor yang mempengaruhi keseluruhan kepuasan pelanggan dalam pengalaman pembelian kenderaan baru dalam segmen pasaran massa.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Faktor-faktor tersebut mengikut urutan keutamaan adalah: 

 

i.   khidmat nasihat pengedar (26 peratus)


ii.  kemudahan di tempat jualan (21 peratus)


iii. proses penghantaran (20 peratus)


iv.  kelengkapan kertas kerja (17 peratus)


v.   kelancaran rundingan (13 peratus)


vi.  laman sesawang pengedar (4 peratus)

 


Kaji selidik ini berdasarkan maklum balas daripada 2,045 pemilik kenderaan baharu, yang membeli kenderaan mereka di antara Julai 2018 sehingga Julai 2019 dan dilaksanakan dari Januari hingga September 2019.

 

Kaji selidik ini juga merangkumi Net Promoter Score® (NPS)[1] yang mengukur kecenderungan pelanggan untuk mengesyorkan jenama kenderaan kepada kenalan mereka pada skala 0-10.

 

J.D. Power adalah sebuah peneraju global dalam bidang pandangan dalaman pelanggan, perkhidmatan perundingan dan, data dan analisis.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…