Toyota kata: GT86 baharu jauh lebih baik berbanding Supra!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota GR Supra sudah pun selamat mendarat di tanah air tercinta dengan harganya yang sedikit mengejutkan, namun ia tetap menarik minat ramai terhadap kereta sports 'flagship' dari Toyota (dan BMW itu).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun, jika anda sedang merancang untuk memecahkan tabung yang sudah penuh terisi, tunggu dulu!

Ini kerana ketua jurutera Tetsuya Tada memberitahu mereka kini sedang membangunkan pengganti GT86 sebagai sebuah model pacuan roda belakang yang serba baharu, dan mempunyai pengendalian yang lebih baik berbanding Supra!

Bercakap kepada laman automotif Australia WhichCar, wakil dari Toyota itu sedang membentuk satu pasukan 86 baharu yang akan bekerja membangunkan generasi baharu Toyota GT86. 
 


Menariknya, Tetsuya Tada turut menyebut, "para pelanggan kami sebenarnya mengharapkan prestasi generasi baharu GT86 melebihi jangkaan yang ditawarkan oleh A90 Supra, jadi Toyota akan menghasilkan GT86 baharu yang mampu mengatasi Supra!"

Setakat ini tiada sebarang maklumat yang diperoleh berkenaan spesifikasi model pengganti kepada GT86 yang kini masih lagi terjual. 

Menurut sumber-sumber dalaman, terdapat ura-ura enjin Boxer 2.0 liter yang kini mendiami perut GT86/BRZ akan digantikan dengan enjin 2.4 liter susunan Boxer yang diperoleh daripada Subaru Ascent. 

Versi aspirasi natural mampu menjana 230 kuasa kuda manakala versi induksi paksaan pula mampu melonjakkan angka tersebut kepada 260 kuasa kuda, angka yang sangat sesuai untuk GT86 yang 'dikatakan kurang kuasa' itu. 

Terdapat juga khabar angin yang menyebut generasi baharu GT86/BRZ akan beralih menggunakan platform TNGA Toyota memandangkan platform Subaru Global tidak boleh dimodifikasi untuk menjadi sebuah kereta pacuan roda belakang. 

Sumber: WhichCar

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara kebetulan, francais filem aksi terkenal Fast & Furious baru-baru ini turut sama…
Berita Global
Sebagai meraikan kejayaan tersebut, Toyota UK telah menerbitkan sebuah video ringkas yang penuh…
Berita Global
Pengumuman ini turut menandakan pengakhiran produksi buat Toyota GT86 yang dipasang di kilang…