Toyota juarai carta senarai kenderaan paling dipercayai - Consumer Reports

oleh Mohamad Hanif|
Consumer Reports telah menerbitkan laporan tahunan untuk senarai kereta yang paling dipercayai oleh para pelanggan berdasarkan soal selidik yang dijalankan ke atas 500,000 unit kenderaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Daripada jumlah keseluruhan soal selidik yang dibuat, Consumer Reports telah menganalisa senarai masalah yang paling banyak dilaporkan oleh para pemilik, seterusnya memperoleh 10 buah kenderaan yang paling kurang mendatangkan masalah kepada mereka. 

Tidak menghairankan apabila tujuh daripada 10 buah kenderaan yang tersenarai merupakan kereta berjenama Toyota yang sebelum ini menjuarai carta senarai kenderaan yang paling dipercayai oleh para pemilik untuk enam tahun berturut-turut. 
 


Menerusi jenama mewah mereka, Lexus menduduki tempat pertama dengan skor purata 78 daripada 100, manakala Toyota pula menduduki tempat kedua dengan skor paling dipercayai sebanyak 76/100.

Menurut Consumer Reports, Lexus menunjukkan contoh sebagai sebuah jenama mewah yang menawarkan ciri termaju dan terkini, namun masih mampu menawarkan kenderaan yang boleh dipercayai oleh para pelanggan mereka. 

Selain daripada Toyota, jenama senegaranya juga turut memasuki carta seperti Mazda, dan Honda manakala satu-satunya jenama dari Korea, iaitu Kia berjaya meraih kepercayaan para penggunanya menerusi model MPV Kia Sedona (Kia Grand Carnival).

Berikut merupakan senarai kenderaan yang paling dipercayai berdasarkan laporan oleh Consumer Reports.

 

10. Toyota Highlander

 

9. Kia Sedona (Kia Grand Carnival)

 

8. Honda Fit (Honda Jazz)

 

7. Toyota Prius

 

6. Lexus NX

 

5. Toyota Corolla

 

4. Mazda MX-5 Miata

 

3. Toyota Prius Prime

 

2. Toyota Prius C

 

1. Lexus GX

Berita Berkenaan

Berita Global
Jake Fisher, pengarah pengujian kenderaan Consumer Report menerangkan jumlah masalah yang lebih…
Berita Global
Untuk tahun ini pihak Consumer Reports baharu sahaja membentangkan hasil kajian mereka yang dapat…
Berita Global
Tidak semua mempunyai reputasi kebolehpercayaan (reliability) yang sama, berdasarkan laporan…