Toyota juarai carta Kenderaan Paling Boleh Dipercayai

oleh HEZERI SAMSURI|
Jenama Toyota sekali lagi menggondol anugerah jenama kenderaan paling boleh diharap (reliable) dalam satu kajian menyeluruh di US.

Di tempat kedua juga sebuah jenama dari Toyota, Lexus. Ini adalah tahun kelima di mana jenama dari Toyota mengungguli carta kajian kenderaan yang paling boleh diharap di sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tempat ketiga ialah jenama Korea, Kia dan diikuti oleh Audi pada tangga keempat dan BMW pada tangga kelima.

Tangga keenam ialah Subaru, diikuti oleh jenama mewah Nissan, Infiniti.

Tangga kelapan ialah Buick dan di tempat kesembilan pula ialah Honda dan di tempat kesepuluh ialah Hyundai.

Kajian yang dilakukan oleh Consumer Reports ini dilakukan terhadap 640,000 kenderaan yang terdiri dari model tahun 2000 hingga 2017.

Consumer Reports ialah sebuah organisasi bebas yang sudah berusia 80 tahun. Ia ditubuhkan untuk membantu pengguna-pengguna di US membuat pilihan pembelian yang baik serta memastikan syarikat-syarikat menghasilkan produk yang selamat dan terbaik pagi pengguna di sana.

Menurut Jake Fisher, pengarah ujian automotif bagi Consumer Reports, Toyota berjaya menjadikan kenderaan mereka lebih lasak dan tidak memberikan sebarang masalah kepada pemilik kerana strategi syarikat itu yang memperkenalkan teknologi-teknologi terbaharu secara sedikit demi sedikit.

Contohnya, transmisi 8-kelajuan Toyota di US telah diuji dahulu pada SUV Highlander mereka sebelum diperkenalkan pada model-model yang lebih lazim seperti Camry.

Kia juga menggunakan teknologi yang sama; contohnya model hybrid Kia di sana, Niro menjadi kenderaan paling dipercayai oleh pengguna US. Kia menggunakan teknologi hybrid yang telahpun digunakan dahulu oleh abangnya, Hyundai. 

Bagi jenama mewah Audi dan BMW pula, mereka telah menggunakan sistem infotainment canggih mereka sejak 10 tahun dahulu dan kerana itu ia tidak memberikan sebarang masalah berbanding dengan jenama lain yang baharu bertatih untuk menjadikan kenderaan premium mereka canggih.

Antara pencapaian terbaik yang dilihat menerusi kajian kali ini ialah Volkswagen yang naik enam anak tangga dan Subaru, naik lima anak tangga.

Model mewah Azura dan Cadillac pula jatuh teruk, sementara jenama Mazda juga turun enam anak tangga ke tempat ke 12, menjadikan Mazda model Jepun kedua paling bermasalah selepas Acura.

Namun begitu, Acura dan Mazda cuma mempunyai beberapa model yang dijual di US dan ia memberikan impak yang teruk kepada keputusan akhir.

Model paling boleh dipercayai dan boleh diharap dalam kajian Consumer Reports 2018 ialah Toyota 86, yang dibina bersama Subaru.

Subaru BRZ juga menjadi model paling dipercayai untuk Subaru.

Di bawah ialah senarai penuh jenama-jenama kenderaan yang boleh diharap untuk tahun 2018 di US, menurut kajian Consumer Reports.

Moar reliable 2018

 

*Laporan asal dari Consumer Reports

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…