Toyota juara lagi di Australia, HiLux model paling laku!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Hilux
Toyota Hilux
Toyota sememangnya sebuah jenama yang kuat dan berada di kelompok teratas jualan global.

Toyota juga banyak menerajui pasaran sesebuah negara selain memiliki penjenamaan kuat dan ini contoh yang boleh menyokong fakta tersebut.

Di Australia Toyota merupakan jenama paling laris selama 24 tahun dan sudah 18 tahun berturut-turut menduduki takhta tertinggi.

Jumlah jualan kenderaan baharu di Australia pada tahun 2020 ialah 916,968 unit dengan 204,801 unit dari Toyota.

Angka jualan Toyota meningkat 965 unit atau 0.5 peratus berbanding tahun 2019. Ketika tempoh pandemik Covid-19, berjaya mempertahankan jualan pun sudah bagus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota

 

Berikut ialah fakta menarik jualan Toyota di Australia:

  • Pegangan pasaran 22.3 peratus, penguasaan terbaik sejak tahun 2008.
  • Model hibrid mencatatkan jualan sebanyak 54,335 unit.
  • Syarikat automotif pertama dengan jenama paling laris dan menerajui kategori utama, HiLux (keseluruhan dan kenderaan komersial ringan), Corolla (kereta penumpang) dan RAV4 (SUV).  
  • Pengedar Toyota berjaya menjual lebih dari 200,000 kenderaan untuk sembilan tahun berturut-turut dan kali ke-16 dalam tempoh 17 tahun lalu.

 

Toyota

 

Berikut pula ialah jualan model Toyota di Australia:

  • HiLux merupakan kenderaan terlaris untuk tahun kelima berturut-turut. Jualan 2020 sebanyak 45,176 unit.
  • HiLux juga kenderaan komersial paling popular dengan rekod 23 tahun berturut-turut.
  • RAV4 merupakan SUV terlaris dengan jualan 38,537 unit. Turut mencatatkan rekod sebagai model hibrid paling popular dengan jualan 26,400 unit atau 70 peratus dari permintaan keseluruhan.
  • Corolla adalah kereta penumpang paling laris untuk lapan tahun berturut-turut.
  • Camry pula merupakan kereta saiz sederhana paling popular selama 27 tahun.
  • Model lain yang menerajui segmen masing-masing ialah LandCruiser Prado, LandCruiser wagon, Coaster, HiAce van dan HiAce bus.

Untuk tahun ini Toyota akan memperkenalkan beberapa model baharu seperti Kluger, model sport berprestasi tinggi GR, Camry facelift dan Mirai.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Toyota

 

Toyota GR

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…