Toyota JPN Taxi dijadikan sebagai 'hotel mini' untuk berehat

oleh Mohamad Hanif|
Jepun mempunyai sistem pengangkutan awam yang cukup cekap dengan kadar kelewatan dikira dalam unit saat, dan kelebihan ini digunakan sebaiknya oleh golongan pekerja yang lebih gemar menggunakan perkhidmatan tersebut daripada memandu sendiri ke tempat kerja.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Disebabkan itu juga anda boleh lihat kebanyakan mereka memanfaatkan masa yang ada untuk tidur sepanjang perjalanan ketika pergi dan pulang dari kerja.
 

JPN


Sebuah syarikat pengendali teksi Daiwa Motor Transportation dilaporkan menawarkan perkhidmatan yang membolehkan pelanggan berehat seketika di dalam #SleepingTaxi menerusi kolaborasi bersama syarikat minuman Chill Out.

Perkhidmatan #SleepingTaxi ini sebenarnya ditawarkan secara terhad bermula 30 Ogos hingga 4 September yang lalu, di mana pengguna boleh berehat dan tidur di dalam teksi Toyota JPN Taxi secara percuma!
 

JPN


Tidak seperti teksi tipikal menggunakan bentuk badan sedan, Toyota JPN Taxi menawarkan ruang kelegaan kaki yang jauh lebih luas, dan untuk kegunaan kempen #SleepingTaxi, teksi ini turut dilengkapi dengan bantal, slot pengecasan peranti pintar, skrin paparan, meja boleh lipat, dan minuman yang menenangkan.

Malah, tingkap yang tertutup daripada dunia luar (serta pelitup mata yang dibekalkan) juga membantu pengguna menikmati proses rehat dengan lebih menyenangkan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kenapa teksi Jepun tiba-tiba muncul di Thailand? Menurut laporan daripada Headlightmag, Toyota…