Toyota Jepun kurangkan 6 peratus (50,000 unit) pengeluaran antarabangsa untuk Julai

oleh SALINA JALIL|
Pengeluar kereta Jepun, Toyota akan mengurangkan pengeluaran globalnya untuk Julai sebanyak enam peratus, dengan hanya 800,000 unit kereta berbanding 850,000 unit, lapor Sputnik.


"Jumlah pengeluaran global untuk Julai dijangka kira-kira 800,000 unit (kira-kira 250,000 unit di Jepun dan 550,000 unit di luar negara).
AION MREC Banner Campaign May 2024

 

"Kami telah menyemak semula rancangan pengeluaran global sebanyak kira-kira 50,000 unit daripada jumlah yang diberikan kepada pembekal kami pada awal tahun," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan pada Rabu.

 

Selain itu ada kemungkinan pengeluaran mungkin lebih rendah berikutan kekurangan semikonduktor dan penularan COVID-19.

 

Pada Mei, Toyota mengurangkan pengeluarannya sebanyak 10 peratus, iaitu 700,000 kereta berbanding 800,000 berikutan gangguan rantaian bekalan disebabkan COVID-19 dan konflik di Ukraine.

 

Toyota dan syarikat pengeluar kereta yang lain masih bergelut dengan gangguan rantaian bekalan dan kekurangan komponen yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 termasuk yang disebabkan oleh penutupan di China baru-baru ini.

 

Di samping itu, syarikat pengeluar kereta juga perlu bersaing untuk mendapatkan bekalan semikonduktor terhad dengan pengeluar lain seperti pembuat peranti elektronik pengguna.

 


Toyota kekal dengan sasaran pengeluaran global tahunannya sebanyak 9.7 juta kenderaan, walaupun syarikat itu telah memberi isyarat pada bulan Mei lalu bahawa gangguan rantaian bekalan akan memaksa mereka menurunkan jumlah itu.

 

 

 

Reuters