Toyota jenama automotif bukan nasional nombor 1, catat 40% peningkatan berbanding 2021

oleh Danial Yasin Suhaimi|

UMW Toyota Motor melaporkan bahawa syarikat tersebut berjaya menjadi jenama automotif bukan nasional nombor 1 di Malaysia apabila jualan tahun 2022 meningkat 40% dengan 101,035 unit kenderaan dijual berbanding 72,394 (Toyota+Lexus).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berkata, “Kami gembira kerana dapat memberikan senyuman dan menyampaikan kegembiraan kepada semua pelanggan kami di seluruh negara, dan berterima kasih kepada setiap seorang daripada mereka atas sokongan,”

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kami kepada semua kakitangan, peniaga dan rakan kongsi perniagaan yang mengharungi tahun mencabar. Bersama-sama, kami akan terus memastikan pelanggan gembira dan memastikan kualiti serta perkhidmatan akan sentiasa berada pada tahap tertinggi.”

Jualan Toyota pada tahun 2022 disumbang oleh model SUV segmen C mereka yang popular iaitu Corolla Cross dengan 17,208 unit terjual, dalam segmen trak pikap mereka iaitu Hilux kekal mendapat sambutan dengan 27,198 unit terjual, diikuti model van dan SUV iaitu Hiace dan Fortuner masing-masing dengan 390 unit dan 3,432 unit terjual.

 

2

 

Sementara itu, operasi perkhidmatan pelanggan Toyota juga mencatatkan sehingga 1.25 juta kenderaan di bawah inisiatif Extra Mile yang merupakan salah satu servis selepas jualan terbaik.

Pada tahun 2023, UMW Toyota Motor dilihat mahu terus memberikan perkhidmatan terbaik dengan model baharu yang bakal dilancarkan.

2022 telah menjadi salah satu tahun terbaik Toyota dengan melancarkan beberapa model baharu, antaranya model HEV pertama mereka yang dipasang di Malaysia iaitu Corolla Cross Hibrid.

Ravindran K. berkata, "Kami akan terus menilai pilihan yang berbeza dan memperkenalkannya mengikut kesesuaian. Buat masa ini, kami percaya HEV adalah yang paling sesuai untuk rakyat Malaysia dan akan menambah model HEV kedua dalam 2023”

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…