Toyota, JAXA bangunkan jentera peneroka bulan - mampu bertahan sehingga 10k km!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) dan Toyota Motor Corporation mengumumkan kerjasama antara kedua belah pihak menerusi kolaborasi penerokaan angkasa lepas. 

Bagi memulakan langkah ke arah menghantar manusia ke bulan, Toyota dan JAXA bersetuju untuk membangunkan sebuah peneroka bulan (lunar rover) yang dilengkapi dengan kokpit pemandu menggunakan trenkuasa daripada sel bahan api elektrik.
 


Walaupun dengan amaun tenaga yang sangat terhad, teknologi sedia ada mampu memberikan jarak operasi sejauh 10,000 km untuk meneroka permukaan bulan.

Menurut Naib Presiden JAXA, Koichi Wakata berkata, agensi tersebut bakal melancarkan peneroka bulan itu pada tahun 2029, diikuti dengan misi-misi eksplorasi bulan pada tahun 2030-an. 

Jentera peneroka bulan tersebut harus bersedia untuk menghadapi kondisi ekstrem di atas bulan, dengan daya tarikan graviti satu perenam berbanding graviti Bumi, serta permukaan yang pelbagai. 
 


Tambahan pula, ia harus kuat untuk menghadapi suhu dan radiasi yang lebih tinggi di dalam persekitaran vakum yang sangat tinggi, dan menurut JAXA, hanya teknologi mobiliti angkasa lepas Toyota sahaja yang mampu memenuhi kriteria yang telah ditetapkan itu.

Jentera angkasa lepas ini berukuran 6 meter panjang dengan tinggi 3.8 meter yang menawarkan ruang sebesar 13 meter padu - mampu memuatkan dua sehingga empat orang pada satu-satu masa.