Toyota Innova 2021 facelift - tiga varian, bermula dari RM112 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada SUV 4x4 Fortuner 2021 facelift, UMW Toyota turut membuka tempahan bagi model crossover tiga baris tempat duduk Toyota Innova 2021 facelift untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Membawakan imej crossover dengan ruang dalaman yang lebih fleksibel, Innova 2021 ini tampil dengan gril hadapan berbentuk trapezoid dengan kemasan hitam dan krom, perumah cermin sisi krom, serta unit lampu kabus dengan rekaan baharu.

 

 


Kemasan pintu belakang juga diberikan rekaan baharu.

Sementara varian Innova 2.0X pula membawakan penampilan eksklusif seperti kemasan cladding plastik pada arca roda, kemasan sisi serta aksesori skirt untuk imej yang lebih sporti, diikuti dengan pemasangan rel bumbung dan rim aloi bersaiz 17 inci.

 


Memasuki ruang kabin, Innova 2021 hadir dengan sistem paparan infotainmen bersaiz 9 inci serta dilengkapi dengan ciri Panoramic View Monitor (PVM) (2D atau 3D) yang standard untuk Innova 2.0X dan 2.0G.

Terdapat lebih slot pengecasan USB dibawakan pada Innova yang terdapat pada ketiga-tiga baris tempat duduk, serta dilengkapi dengan ciri pengecasan pantas dan pengecasan peranti nirwayar di bahagian konsol tengah sebagai opsyen.

 


Selain daripada ciri keselamatan standard seperti tujuh beg udara, ABS, EBD, BA, Kawalan Kestabilan Kenderaan, Kawalan Cengkaman, dan Kawalan Bantuan Mula Mendaki (HAC), Innova turut mendapat ciri standard Blind Spot Monitor (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert untuk varian 2.0X dan 2.0G.

Ciri Toyota Vehicle Telematics System (VTS) turut disediakan bagi mengesan pergerakan kenderaan menggunakan teknologi GPS dan GSM, amat berguna sekiranya pemilik ingin mengesan kenderaan yang dicuri.

 


Dari segi kuasa, Toyota Innova 2021 masih kekal dengan nadi 2.0 liter empat silinder sebaris 1TR-FTE yang menghasilkan 139 PS dan 183 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan yang memacu roda belakang.

Terdapat enam warna pilihan iaitu Medium Silver Metallic, Attitude Black Mica, Phantom Brown, Silver Metallic, Super White II dan Bronze Mica Metallic (baru) serta warna tambahan Crimson Spark Red Metallic untuk Innova 2.0X.

Harga jualan untuk setiap varian adalah seperti berikut:

  • Toyota Innova 2.0X – Dari RM129,677.00
  • Toyota Innova 2.0G – Dari RM121,483.00
  • Toyota Innova 2.0 E – Dari RM111,622.00

 


Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan, dan tempahan boleh dibuat menerusi pusat pameran Toyota di seluruh negara.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…