Kementerian Pengangkutan Jepun bersedia untuk mengambil tindakan kawal selia pada bulan ini terhadap syarikat gabungan Toyota Motor, Toyota Industries kerana menipu piawaian pelepasan emisi enjin.
Pengawal selia dijangka mengarahkan syarikat tersebut untuk mengambil langkah-langkah bagi mencegah berulangnya salah laku tersebut.
Tindakan sedemikian akan mengikut arahan yang sama seperti dihadapi ahli kumpulan Daihatsu Motor dan Hino Motors.
Tambahan itu, oleh kerana untuk menghasilkan enjin perlu pensijilan, kementerian turut mempertimbangkan sama ada untuk membatalkan pensijilan pembuatan enjin oleh Toyota Industries.
Syarikat itu telah melaporkan kepada kementerian pada Januari bahawa ia telah terlibat dalam salah laku seperti mengganggu data ujian prestasi untuk pelbagai model enjin kereta dan forklift.
Perkara ini berlaku selepas pendedahan salah laku membabitkan empat model tahun lalu, termasuk enjin forklift dan jengkaut, dan dalam kes ini, enjin jengkaut didapati telah melebihi dari piawaian yang ditetapkan.
Selain berdepan dengan tindakan pembatalan sijil pembuatan enjin untuk jengkaut, dikatakan kementerian turut sedia mengenakan yang sama terhadap dua model enjin forkliftnya.
Walaubagaimanapun, pengawal selia akan meneliti salah laku tersebut sebelum memutuskan sama ada untuk lakukan perkara yang sama bagi enjin yang digunakan dalam kenderaan Land Cruiser dan van HiAce.
SUMBER : NikkeiAsia