Toyota IMV 0 tiba di pasaran ASEAN 2025, mungkin guna nama Hilux Champ!

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, Toyota mempunyai perancangan untuk merealisasikan model konsep IMV 0 untuk pasaran ASEAN.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam laporan terbaharu oleh Autocar India, IMV 0 berkemungkinan besar akan lahir dengan nama Toyota Hilux Champ.

Tambah laporan itu lagi, model baharu Hilux Champ ini akan menjadi penawaran berasingan daripada trak pikap Hilux generasi baharu, dengan keupayaan yang lebih asas dan harga jualan yang lebih murah.
 

hiluix


Berita ini turut diperkuatkan lagi dengan kemunculan model produksi sebenar di Indonesia yang sangat mirip dengan model konsep IMV 0.

Model prototaip yang sarat dengan pelekat samaran itu menampilkan rekaan kabin tunggal yang digandingkan dengan flatbed dan roda keluli berdiameter kecil.
 

hilux champi


Sementara itu, laman FB Lenso Wheels melaporkan kewujudan model Hilux Champ yang telah diubahsuai dengan set roda yang lebih besar diameternya.

Toyota IMV 0 membawakan platform yang sangat versatil dan boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis bentuk badan, sesuai dengan pelbagai keperluan pelanggan.
 

C


Ia boleh dijadikan sebagai trak pikap konvensional, camper truck, ambulans, trak makanan, serta trak versi perlumbaan dengan jarak lega bumi yang rendah.

Buat masa ini, Toyota tidak mendedahkan perincian berkenaan penawaran trenkuasa IMV 0, berkemungkinan besar bakal ditawarkan dengan enjin petrol hibrid dan diesel yang dipadankan dengan sistem pacuan roda belakang (RWD) atau pacuan empat roda (4WD).

Sumber: Autocar India, FB Lenso Wheels

Berita Berkenaan

Berita Global
Kesemua variasi datang dengan rekaan kabin tunggal yang mampu memuatkan dua orang pada satu-satu…