Toyota HiLux Tonka Concept - Apabila permainan menjadi realiti

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota HiLux Tonka Concept
Toyota HiLux Tonka Concept
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Apakah yang terjadi apabila pengeluar permainan dan kenderaan berkolaborasi? Ini jawapannya.

Toyota HiLux Tonka Concept.

Pikap ini adalah jelmaan permainan untuk orang dewasa dan dibina bagi meraikan HiLux sebagai kenderaan terlaris (selain kereta penumpang) di Australia pada tahun lalu dan ulang tahun ke-70 Tonka dan ke-80 penubuhan Toyota pada tahun ini. 

Sejak dilancarkan pada tahun 1968, HiLux mempunyai reputasi hebat sebagai sebuah pikap yang boleh dipercayai yang turut menyumbang kepada popularitinya.

Sehingga Februari tahun ini, lebih dari 920,000 (530,000 4x4, 390,000 4x2) HiLux telah terjual di Australia dengan jualan global sebanyak 16 juta.

 

Toyota HiLux Tonka Concept

 

Pikap konsep ini pula bukan dibina di kedai aksesori tetapi dibangunkan sendiri oleh bahagian perancangan produk dan pembangunan Toyota Australia.

Keupayaan Toyota Australia telah terbukti apabila bahagian rekabentuk dan kejuruteraan turut terlibat dalam projek pembangunan kenderaan untuk pasaran Australia, Asia Pasifik dan beberapa pasaran global lain.

Di bawah ialah butiran mengenai Toyota HiLux Tonka Concept:

Pembangunan

  • Mengambil inspirasi dari trak permainan Tonka
  • Diilhamkan, direkabentuk, dipasang dan diuji oleh pereka dan jurutera divisyen perancangan dan pembangunan produk Toyota Australia yang mempunyai 150 kakitangan
  • Diasaskan dari varian paling lengkap iaitu Toyota HiLux SR5 yang dikuasakan oleh enjin 2.8 liter diesel turbo

Suspensi dan tayar

  • Dinaikkan enam inci lebih tinggi dari HiLux standard
  • Suspensi tahan lasak 
  • Tayar dengan diameter 35 inci

Luaran

  • Palang besi depan mengikut standard sistem keselamatan HiLux
  • Bonet enjin dengan 'kulit' gentian kaca dan corong udara rekabentuk agresif
  • Lampu LED di atas bumbung untuk pencahayaan luar biasa dan off-road
  • Pelindung aluminium bawah enjin dengan ketebalan 6mm
  • Pelindung sisi berbentuk tiub untuk perlindungan casis dan badan
  • Tailgate rekabentuk baharu dengan spoiler dan dua corong udara untuk aliran udara optimum - dibalut gentian kaca 
  • Tidak mempunyai pembuka pintu sebaliknya menggunakan tali untuk membuka tailgate
  • Ruang kargo belakang dilengkapi rangka tiub untuk susunan peralatan seperti tong diesel dan kotak simpanan yang mengandungi kit penyelamatan semasa pengembaraan off-road
  • Peralatan lain ialah pemadam api, kapak, penyodok dan jek tinggi

 

Toyota HiLux Tonka Concept

 

Akhir sekali, jika ada yang bertanya adakah HiLux Tonka ini bakal dipasarkan atau boleh dibeli secara berasingan?

Jawapannya ialah tidak.

Ia hanya digunakan untuk pameran 4WD, pertunjukan dan ekspo di serata Australia.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…